02: Ayat Penegasan

 
2  Ayat Penegasan
 
DEFINISI
 
Ayat ini digunakan untuk menegaskan pendirian pelajar terhadap isi yang telah dinyatakan. Ayat penegas hanya mengulang isi yang telah dinyatakan bagi memperlihatkan kekuatan pendirian pelajar terhadap perenggan tersebut. 
 
 
 Gambar sebuah peta minda:  Tidak dapat disangkal lagi Dengan ini Jadi Tegasnya Natijahnya Penanda Wacana Bagi Ayat Penegasan Sesungguhnya Ringkasnya Jelasnya
 
Nota

 

  • Ayat penegasan ini perlu ditulis dalam rumusan/karangan agar murid tidak terpesong daripata tugasan soalan.
 
Penanda Wacana Bagi Ayat Penegasan

 

  • Tegasnya …
  • Natijahnya …
  • Ringkasnya …
  • Jelasnya …
  • Sesungguhnya …
  • Jadi …
 
Ayat Penegasan Isi

 

  • Dengan ini jelaslah bahawa ...
  • Jelaslah bahawa …
  • Tegasnya ….
  • Tidak dapat disangkal lagi bahawa …
  • Sesungguhnya …
  • Secara keseluruhannya …
  • Dengan ini …

Contoh Ayat : 

Tegasnya, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat mungkin.