|
|
DEFINISI |
Perkataan yang digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat yang lain supaya menjadi ayat majmuk. |
|
|
|
|
|
DEFINISI |
Kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya.
Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan.
|
|
|
|
Kata hubung |
Contoh ayat |
Lalu |
Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung |
Sambil |
Siti mendengar radio sambil memasak di daput |
Atau |
Ali tidak tahu untuk memilih mi goreng atau nasi lemak untuk sarapan pagi |
Dan |
Lim dan Chong merupakan kawan rapat. |
|
|
|
|
|
DEFINISI |
Berfungsi untuk menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. |
|
|
|
1. Kata Hubung Pancangan Relatif
|
|
DEFINISI |
Kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa yang kecil. |
|
|
- Bentuk kata hubung yang digunakan dalam kata hubung ini ialah 'yang'.
|
Contoh ayat:
Buku yang dikarang oleh Ali itu adalah buku Bahasa Melayu.
Restoran yang mementingkan kebersihan itu digemari oleh para pelanggan.
|
|
2. Kata Hubung Pancangan Komplemen
|
|
DEFINISI |
Menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap kepada satu klausa utama. |
|
|
- Antara contoh kata komplemen atau pelengkap yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
|
Contoh ayat:
Sekolah menengah itu mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM tahun ini adalah yang terbaik pernah dicapai.
Kerajaan telah membina jambatan itu untuk memudahkan penduduk kampung itu menyeberangi sungai.
|
|
3. Kata Hubung Pancangan Keterangan
|
|
DEFINISI |
Berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. |
|
|
- Antara contoh kata yang sering digunakan bagi kata hubung pancangan keterangan ialah kerana, agar, apabila, sekiranya, sementara, setelah, semenjak dan ketika.
|
Contoh ayat:
Ali sudah berkawan dengan Abu semenjak dari kecil.
Dia terkejut apabila mendengar berita mengenai kemalangan yang dihadapi kakaknya itu.
|
|
|
|
- Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
- Kata hubung ini selalu terdiri daripada gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan.
- Berikut adalah ayat dan contoh kata hubung berpasangan.
|
Perkataan |
Contoh ayat |
Bukan sahaja \(\underline{\hspace{1cm}}\) bahkan juga |
Abu bukan sahaja pandai dalam pelajaran bahkan juga berbudi bahasa |
Daripada \(\underline{\hspace{1cm}}\) lebih baik |
Daripada membuang masa dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah, lebih baik saya mengulang kaji pelajaran. |
Walaupun \(\underline{\hspace{1cm}}\) namun |
Walaupun Aiman kekurangan upaya namun dia masih rajin mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan seharian nya |
Sama ada \(\underline{\hspace{1cm}}\) ataupun |
Guru besar meminta sama ada ibu ataupun bapa murid untuk hadir ke mesyuarat yang akan diadakan |
Bukan sahaja \(\underline{\hspace{1cm}}\) malah |
Aiman bukan sahaja suka ponteng sekolah malah dia sering membuli pelajar lain. |
|