Sejarah

Bab 2 : Agama Islam di Malaysia

Apa yang akan anda pelajari dalam bab ini
Bab ini membawa kita untuk memahami latar belakang agama dan kepercayaan masyarakat di Tanah Melayu.

Kita akan belajar tentang sejarah kedatangan agama Islam dalam Kesultanan Melayu Melaka dan kedudukan agama Islam dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu sehingga merdeka. Kita juga akan mempelajari kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan peranannya dalam membentuk perpaduan di Malaysia.

Selain itu, kita akan belajar tentang nilai-nilai keagamaan yang diamalkan untuk mencapai masyarakat yang harmoni. Kita juga akan memahami kepentingan mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pentingnya membenarkan agama lain diamalkan dengan aman dan damai.
Topik dalam bab ini