Pendidikan Islam

Bab 5 : Sirah dan Tamadun Islam

Apa yang akan anda pelajari dalam bab ini
Pendidikan Islam
Dalam bidang ini, kita akan mempelajari tentang sirah.

Sirah membincangkan tentang riwayat hidup Nabi Muhammad SAW. Kita akan mempelajari tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas kerasulan, serta peristiwa-peristiwa penting dalam hidup baginda.

Kita juga akan memahami tentang masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu ketika era masyarakat jahiliah.

Di samping itu, kita akan mempelajari tentang keunggulan tokoh-tokoh Khulafa Ar Rasyidin dan bagaimana mereka berjuang untuk mempertahankan agama Islam.

Dengan itu, kita dapat belajar tentang nilai-nilai Islam dan bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.