Sejarah

Chapter 7 : Usaha Ke Arah Kemerdekaan

What will you learn in this chapter
Sejarah
Dalam bab ini, kita akan mempelajari tentang usaha ke arah kemerdekaan.

Idea negara merdeka tercetus kerana ingin bebas daripada kolonial British. Oleh itu, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan bagi menangani perbezaan dan konflik antara kaum.

Pembentukan Sistem Ahli pula telah memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan dan pembentukan sistem pendidikan kebangsaan pula merupakan langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Selain itu, penubuhan parti politik mencerminkan kesedaran berorganisasi untuk menjamin kejayaan perjuangan.

Dengan memahami bab ini, kita dapat menerokai usaha bagi mencapai matlamat kemerdekaan dan pengorbanan pahlawan negara.