Makanan ringan sudah menjadi satu kelaziman pada zaman ini khususnyabagi kalangan kanak-kanak dan remaja. Makanan ringan ialah makanan yang boleh dimakan dengan mudah dan pantas tanpa perlu dimasak. Makanan ini terdiri daripada keropok, gula-gula, air berkabonat, mi segera dan banyak lagi. Makanan ringan sebegini memang mudah didapati dan mampu menarik perhatian para pengguna khususnya kanak-kanak.
Dengan menggunakan pelbagai daya tarikann, makanan ringan menjadi semakin popular dan digemari kanak-kanak. Malangnya, tanpa disedari, makanan ringan boleh menjejaskan kesihatan. Hal ini disebabkan oleh penggunaan pelbagai jenis bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna, perisa dan sebagainya.
Bahan-bahan seperi ini, boleh mengurangkan daya ingatan kanak-kanak malah ada juga yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Yang pastinya, bahan-bahan kimia ini mampu meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan mampu mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis.
Oleh itu, kita perlulah mengurangkan pengambilan makanan ringan. Sebaliknya perbanyakkan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Semoga kehidupan kita lebih sihat dan sejahtera sepanjang usia.
There is something wrong with this question.