Satu sampel bahan radioaktif dengan jisim permulaan \(350\text{ g}\) mereput dari semasa ke semasa, dengan jisimnya diseparuhkan setiap jam.
Tentukan jisimnya selepas \(10\) jam dalam bentuk
\(k\left(\dfrac{a}{b} \right)^p\)
dengan keadaan \(k,a,b\) dan \(p\) ialah integer.
Ameba ialah sejenis organisma unisel yang sentiasa berubah bentuknya.
Ameba menjalankan proses pembelahan dedua untuk menambah bilangannya, iaitu membahagi kepada dua.
Dalam satu koloni tertentu, didapati ada \(18\) ameba pada awalnya.
Cari bilangan ameba dalam koloni tersebut selepas pembelahan ke-\(6\) dalam bentuk \(2^m3^n\) dengan keadaan \(m\) dan \(n\) ialah integer positif.
Nilai, dalam \(\text{RM}\), sebuah kereta baharu selepas \(n\) tahun diberi oleh
\(50\,000\left(\dfrac{100-5}{100} \right)^n.\)
Selepas berapa tahun nilai kereta itu ialah
\(\text{RM}42868.75\)?
Tips: Gunakan kaedah cuba jaya
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.