Hitungkan nilai bagi \(x, \, y \) dan \(z\) yang menepati persamaan serentak berikut:
Harga bagi \(2\) biji karipap, sebiji donat dan \(3\) ketul nuget ialah RM \(3.00\) dan harga bagi sebiji karipap, \(2\) biji donat dan \(4\) ketul nuget ialah RM \(3.50\).
Jika seseorang membeli \(3\) biji karipap, \(4\) biji donat dan seketul nuget, maka dia perlu membayar RM \(4.50\). Cari harga bagi sebiji karipap, sebiji donat dan seketul nuget.
Sebuah panggung wayang mengenakan bayaran masuk \(\text{RM}16.00\) untuk orang dewasa, \(\text{RM}7.00\) untuk kanak-kanak dan \(\text{RM}9.00\) untuk warga emas.
Pada suatu hari, panggung itu menjual \(260\) keping tiket dan berjaya memungut \(\text{RM}2\,550\).
Didapati bahawa bilangan tiket kanak-kanak dijual dua kali berbanding dengan tiket dewasa.
Berapakah bilangan orang dewasa, kanak-kanak dan warga emas yang menonton wayang di panggung pada hari tersebut?
Dalam suatu lawatan ke sebuah pusat pameran, kumpulan A yang terdiri daripada \(3\) orang kanak-kanak, \(2\) orang remaja dan seorang dewasa membayar bayaran masuk berjumlah \(\text{RM}90\).
Kumpulan B yang terdiri daripada seorang kanak-kanak, \(3\) orang remaja dan \(2\) orang dewasa membayar \(\text{RM}115\) manakala kumpulan C pula yang terdiri daripada \(2\) orang kanak-kanak, seorang remaja dan \(4\) orang dewasa membayar \(\text{RM}140\).
Cari bayaran masuk untuk seorang kanak-kanak, seorang remaja dan seorang dewasa.
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.