Kuala Lumpur: Sekalipun gagal menyinar pada temasya Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini, beregu campuran bebas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tetap bersyukur kerana mempunyai penaja yang sedia bersorak ketika menang selain berkongsi sedih apabila mereka kalah. Dalam satu hantaran di akaun Instagram, Liu Ying secara merendah diri, mengucapkan terima kasih tulus ikhlas kepada semua penajanya yang memberi sokongan padu kepada mereka selama ini.
"Sememangnya perjalanan dan karier sebagai pemain bebas amat mencabar. Pemain bebas seperti kami seumpama anak tiri yang serba kekurangan. Tanpa sokongan anda selama ini, tidak mungkin kami dapat bertahan hingga ke hari ini. "Kami rasa bersyukur kerana adanya teman sejati seperti anda, yang sudi bersorak dalam kegembiraan apabila kami menempa kejayaan dan sama-sama berkongsi sedih apabila kami ditimpa kekalahan. Andalah pedoman dan pembakar semangat bagi kami untuk bangkit dan terus berusaha," katanya selain menyenaraikan sekurang-kurangnya nama lapan penaja di hujung statusnya itu.
"Sekali lagi, dengan penuh rendah diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang selalu di sisi saya," tulis Liu Ying mengakhiri catatan itu. Peng Soon-Liu Ying, pemenang pingat perak acara beregu campuran temasya Olimpik Rio 2016, gagal sekurang-kurangnya untuk menyamai pencapaian itu apabila terkandas di peringkat kumpulan pada Olimpik Tokyo. Mereka tewas semua tiga perlawanan peringkat kumpulan di tangan beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dari Jerman dan pemenang pingat emas Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.
(Harian Metro 2021)
Siapakah yang memenangi pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo kali ini?
Ipoh: Seorang petugas kesihatan cedera dalam kemalangan apabila ambulans yang dinaiki terbabas di Jalan Tambun, di sini, selepas cuba mengelak binatang melintas jalan raya, malam ini. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 8 malam melaporkan insiden itu sebelum polis ke lokasi membuat pemeriksaan. Beliau berkata, mangsa, berusia 40 tahun yang duduk di kerusi bahagian hadapan cedera manakala pemandu ambulan berkenaan berusia 55 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati ambulans itu dalam tugas dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hendak pergi ke Kampung Melayu, Batu 8 mengambil pesakit untuk dihantar ke Hospital Sungai Siput. "Apabila sampai di lokasi, ambulans mengelak seekor binatang yang melintas jalan mengakibatkan pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga naik di pembahagi tengah jalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas sejauh 60 meter lalu jatuh masuk ke longkang tepi jalan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Katanya, tiada kenderaan lain terbabit dan tidak menyebabkan kerosakan harta awam tepi jalan. "Kemalangan berpunca daripada cuba mengelak binatang dan pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas," katanya.
Apakah punca ambulans tersebut terbabas?
Berapakah orang yang tercedera dalam kemalangan ambulans tersebut?
Berapa ramaikah orang yang berada di dalam ambulans tersebut ketika kemalangan itu berlaku?
Apakah destinasi ambulans tersebut sebelum terlibat dalam kemalangan?
There is something wrong with this question.