Barcelona: Sepanyol akan menarik semula arahan wajib pemakaian pelitup muka ketika berada di luar bermula 26 Jun ini, kata Perdana Menteri, Pedro Sanchez. "Ia akan menjadi hujung minggu terakhir kita memakai pelitup muka di luar kerana bermula 26 Jun ini, kita tidak perlu lagi memakainya ketika berada di tempat awam," katanya.
Menurutnya, perkara berkenaan akan dibawa ke kabinet untuk undian pada Khamis nanti. Sebelum ini, media melaporkan bahawa Sanchez memberi bayangan untuk menamatkan arahan pemakaian pelitup muka dalam masa terdekat. "Dalam beberapa minggu, 50 peratus populasi akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin," katanya.
Sepanyol turut meletakkan sasaran untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus populasinya menjelang akhir musim panas. Ketika ini, Sepanyol mempunyai peraturan pemakaian pelitup muka yang sangat ketat, termasuk penggunaannya di luar rumah oleh semua individu berusia enam tahun ke atas walaupun jarak sosial dapat dilakukan. Namun, banyak pakar kesihatan meminta untuk menghentikan pemakaian pelitup muka kerana tidak ada bukti bahawa penggunaannya di lokasi yang tidak dihadiri ramai orang adalah berkesan.
.
(Harian Metro, 2021)
Di manakah lokasi Barcelona?
Apakah yang akan terjadi bermula pada 26 Jun?
Berdasarkan petikan di atas, apakah sinonim bagi perkataan kabinet?
Caracas: Kehidupan penduduk perkampungan nelayan di Guaca, Venezuela yang dihimpit kemiskinan berubah sekelip mata apabila menemui 'harta karun' di pesisir pantai, September lalu. Penemuan itu dianggap penduduk sebagai rahmat, malah ada yang mengaitkan dengan legenda lanun Carribbean selepas gagal mendapat penjelasan logik asal usul harta berkenaan.
Antara yang mereka temui adalah perhiasan emas dan perak seperti rantai, cincin dan subang. Malah, hingga kini, penduduk masih menggali pasir pantai dengan harapan menemui sesuatu walaupun hasilnya tidak lagi sebanyak seperti empat bulan lalu. Individu terawal menemui harta itu adalah Yolman Lares, 25, yang memberitahu New York Times bahawa dia menangis kegembiraan sebalik menarik kalung emas ketika menyusuri pesisir pantai.
"Itulah pertama kali sesuatu yang sangat istimewa berlaku kepada saya," katanya yang menganggap penemuan itu satu keajaiban dan harapan untuk mengubah nasib keluarga. Katanya, dia kemudian berkongsi maklumat dengan bapa mentuanya sebelum cerita itu tersebar.Tidak lama kemudian 2,000 penduduk kampung berkumpul melakukan pencarian harta karun di situ.
Petikan di atas adalah mengenai?
There is something wrong with this question.