Operasi Asas Matematik
Dalam silibus Matematik sekolah rendah di Malaysia, murid – murid dilengkapkan dengan empat operasi asas matematik yang perlu dikuasai oleh murid iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi. Operasi asas ini perlu dikuasai oleh murid kerana ia diselitkan dalam topik – topik lain seperti topik pecahan.
Permudahkan Pecahan
Dalam menjalankan operasi asas matematik bagi pecahan, murid seringkali diingatkan untuk mempermudahkan atau memperkecilkan pecahan dalam sebutan paling kecil. Murid acapkali lupa untuk mempermudahkan pecahan setelah menjalankan operasi asas matematik mengikut kehendak soalan.
Hanya Guna Sifir 2, 3, 5 dan 7
Tip paling mudah untuk memperkecilkan atau mempermudahkan pecahan adalah dengan menggunakan sifir 2,3,5, dan 7 sahaja. Berikut dikongsikan tip – tip mudah untuk membimbing murid mempermudahkan pecahan dalam sebutan paling kecil:
1. Langkah 1 : Murid perlu hafal atau mahir dengan fakta asas darab 2, 3,5, dan 7. Senaraikan sifir tersebut jika murid masih belum menguasai sepenuhnya sifir – sifir tersebut.
Rajah 1: Mahirkan murid dengan sifir 2,3,5,dan 7 dahulu.
|
2. Langkah 2 : Seterusnya kenal pasti sama ada penyebut dan pengangka dapat dibahagikan dengan sifir 2, 3, 5, atau 7. Jika hanya salah satu (penyebut atau pengangka) yang boleh dibahagikan dengan sifir – sifir tersebut, pecahan tidak dapat dikecilkan lagi.
Rajah 2: Permudahkan pecahan dengan empat sifir ini. |
3. Langkah 3 : Murid dingatkan bahawa mereka hanya perlu menggunakan empat sifir ini sahaja untuk mempermudahkan pecahan.
Rajah 3: Tekankan kepada murid yang mana satu pengangka atau penyebut.
|
4. Langkah 4 : Setelah melakukan pembahagian di pengangka dan penyebut, semak semula pengangka dan penyebut sama ada masih boleh dikecilkan lagi dengan empat sifir tersebut atau tidak.
Rajah 4: Permudahkan pecahan sehingga penyebut dan pengangka tidak dapat dikecilkan lagi. |
Kata Kunci: Sekolah Rendah, Pecahan
|