Tip Untuk Guru Bekerja Dari Rumah

Tip Untuk Guru Bekerja Dari Rumah

Setelah Covid 19 berleluasa di dalam negara, pengajaran dan pembelajaran harus dilakukan secara dalam talian. Walaupun pada awalnya sukar bagi guru untuk mengajar dalam talian, tetapi mereka telah berusaha untuk menjadikannya lancar dan berkesan.

Oleh itu, untuk membantu guru mempunyai kerja yang teratur apabila bekerja dari rumah. Berikut merupakan beberapa tip yang dikongsi:

1. Tetapkan ruang kerja

Pada permulaannya, cari sudut atau ruang dalam kawasan rumah untuk dijadikan sebagai sudut ruang kerja anda.  Pastikan tempat itu dapat memberi tenaga positif kepada anda. Hiaskan dengan beberapa tanaman dalaman pada ruangan kerja anda dan letakkan di bilik yang terang.

Pastikan tempat ruangan kerja anda boleh memberikan anda tumpuan untuk menjalankan pembelajaran dalam talian.

2. Bersedia

Walaupun anda bekerja dari rumah, cubalah bangun lebih awal setelah tidur 8-9 jam. Lakukan rutin anda seperti biasa dan berpakaian kemas.

Tentukan pakaian kerja yang selesa, dan solek sederhana. Setelah anda bersedia, duduk di ruang kerja anda untuk menjalankan kelas dan bersedia dengan nota yang perlu anda sampaikan pada hari tersebut.

3. Tetapkan jadual

Ikut jadual kelas anda sama ada menggunakan jadual digital atau gunakan nota melekit untuk meletakkannya di tempat yang selalu anda lihat.

4. Bersarapan

Mengambil sarapan sebelum memulakan kelas. Ia akan dapat mengelakkan anda bekerja dengan perut yang lapar.

Makan makanan yang sihat seperti telur, roti, bijirin, susu dan sebagainya untuk meningkatkan daya tumpuan dan ingatan anda.

Elakkan pengambilan minuman bergula dan makanan ringan.

5. Berjalan kaki sebentar

Kita semua menyedari betapa pentingnya berjalan kaki, jadi luangkan sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk berjalan kaki. Anda boleh memasukkannya ke dalam rutin harian anda dengan berjalan sekali atau dua kali sehari.

Berjalanlah terutama ketika anda kecewa atau  tertekan. Ia boleh boleh mengurangkan rasa yang hadapi.

6. Mulakan kelas dengan mesra dan bertenaga

Mulakan sesi kelas harian anda dengan memberi salam antara satu sama lain. Semasa guru menjalankan kelas dalam talian, menunjukkan wajah anda dan juga beri perhatian kepada semua pelajar setiap hari. Oleh itu, pelajar akan merasa selesa dan seronok untuk belajar.

7. Rakam semasa anda mengajar

Dalam kelas yang terdiri daripada sekitar 30-40 pelajar, minimum 10 pelajar mungkin menghadapi masalah dalam mengakses internet. Dan ada kemungkinan mereka tidak dapat mengikuti kelas secara langsung, jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, rakam video dan hantarkan kepada pelajar anda, agar mereka dapat menonton video  tersebut pada waktu mereka sendiri.

8. Buat video pendek

Buat video pendek anggaran masa maksimun 15 minit. Video yang panjang boleh menyebabkan masalah untuk memuat turun. Sekiranya anda tidak dapat menghabiskan topik tertentu dalam 1 video, lebih baik menjadikannya kepada 2-3 video.

9. Menggunakan sumber sedia ada

Sukar untuk mengharapkan setiap guru menyediakan sumber berkualiti tinggi sepanjang tahun dengan sendiri dan ia juga memakan masa. Oleh itu, anda boleh menggunakan sumber yang ada dan memberikan pautan yang relevan kepada pelajar anda.

10. Gunakan akses terbuka

Periksa semula sumber sebelum berkongsi dengan pelajar bahawa mereka boleh diakses. Ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja anda.

11. Berikan maklumat khusus

Sekiranya anda mencadangkan sumber video berdurasi 20 minit, cadangkan kepada mereka bahagian yang tepat untuk ditonton. Contohnya: dari 13.27 hingga 17.34. Ini dapat membuat pelajar memberi perhatian kepada bahagian yang berkaitan.

Sekiranya, anda memberi 2-3 sumber sekaligus, labelkannya mengikut urutan. Contohnya: video yang akan ditonton terlebih dahulu, dll.

12. Sediakan Aktiviti Interaktif

Untuk menjadikan pembelajaran menarik, anda boleh memberi kuiz atau aktiviti kumpulan sekali sekala. Terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan seperti Quizizz, Kahoot!, QuizShow dll untuk membuat dan memberikan kuiz interaktif kepada pelajar. Dengan aktiviti ini boleh meningkatkan keseronokkan kepada pelajar anda.

13. Tetapkan jangkaan yang munasabah

Tugaskan pelajar beberapa soalan kuiz dan minta mereka mencari jawapan dengan merujuk sumber yang diberikan jika diperlukan. Atau minta mereka meringkaskan topik dengan merujuk kepada sumbernya.

14. Tetapkan gaya pengajaran dan pembelajaran

Pelajar dapat mengikuti gaya pengajaran dan pembelajaran tertentu. Oleh itu, sebagai guru, apabila anda mendapati gaya pengajaran anda yang selesa, teruskan dan buat pelajar anda juga mengikuti corak yang sama. Ulangi corak pengajaran yang sama sehingga anda kembali ke bilik darjah.

Pengajaran dalam talian selama ini mungkin bukan seperti yang anda rancangkan, tetapi dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun mungkin memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri, namun berikan yang terbaik.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson