Tip Menyediakan Rancangan Pelajaran untuk Guru Ganti

Tip Menyediakan Rancangan Pelajaran untuk Guru Ganti

Kadang kala, guru tidak dapat menghadirkan diri ke dalam bilik darjah, adalah kerana sakit, menjalani kursus, cuti bersalin dan sebagainya. Maka, guru lain akan menggantikan jadual anda pada hari tersebut.

Tetapi anda harus tahu, tidak semua guru yang menggantikan anda mempunyai sama bidang dengan anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda menyediakan rancangan pengajaran terlebih dahulu dimana guru ganti akan mengikut rancangan yang telah anda aturkan. 

Berikut merupakan beberapa tip untuk menyediakan rancangan pelajaran untuk guru ganti:

  1. Sekiranya anda tahu anda akan bercuti atau perlu menghadiri kursus lebih awal, pastikan rancangan kerja diletakkan di atas meja atau papan nota supaya mudah dijumpai oleh guru ganti. Selain itu, sekiranya anda tidak boleh hadir atas kecemasan yang tidak dapat dielakkan, anda boleh menghantar e-mel kepada rakan sekerja  yang lain untuk mencetak rancangan kerja dan letakkan di atas meja anda.
  2. Menyediakan fail bagi setiap pembelajaran baru. Dimana ia memudahkan guru ganti menggunakan fail tersebut. Sekiranya anda mencampurkan semua bahan pembelajaran yang telah dijalankan bersama dengan pembelajaran baru, ia akan mengelirukan guru ganti.
  3. Sentiasa menyediakan banyak bahan pembelajaran atau tugasan. Dimana, sekiranya pelajar telah menyiapkan tugasan sebelum tamat waktu, mereka mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan untuk memastikan mereka sentiasa mempunyai kerja yang harus dilakukan berbanding hanya menghabiskan masa begitu sahaja.
  4. Memastikan meja bersih dan teratur. Ia akan memudahkan guru ganti mencari peralatan dan sumber bahan seperti buku teks, latihan dan sebagainya sekiranya ingin digunakan.

Anda juga boleh menyediakan lembaran kerja yang mempunyai tema dimana guru ganti boleh memilih aktiviti, dan sebagai alternatif anda memilih apa yang harus dilakukan oleh pelajar anda. Ia juga sesuai digunakan sekiranya anda mempunyai situasi kecemasan.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson