Tip Menjadikan Bilik Darjah Mesra Alam

Tip Menjadikan Bilik Darjah Mesra Alam

Sebagai guru, tugas anda bukan hanya menyampaikan apa yang ada dalam buku kepada pelajar anda. Tanggungjawab anda juga adalah membentuk mereka menjadi warganegara yang lebih baik. Dimana membantu pelajar mengenai belajar menghormati semua makhluk hidup dan hidup bersama dengan alam semula jadi.

Berikut merupakan beberapa tip untuk menjadikan bilik darjah anda mesra alam:

1. Mengurangkan Pembaziran Kertas
Kertas adalah keperluan bagi semua kelas. Galakkan pelajar untuk menggunakan kedua-dua muka surat pada kertas tersebut. Jelaskan kepada mereka tentang bagaimana kertas dihasilkan dan bagaimana pokok memainkan peranan penting dalam kehidupan kita di bumi. Kumpulkan juga kertas terpakai dari pelajar dan kitar semula untuk digunakan di dalam kelas.

2. Gunakan peralatan sekolah yang mesra alam
Sekiranya anda membuat carian pada Google, anda mungkin menemui pen dan pensil yang diperbuat daripada denim, plastik kitar semula, surat khabar dan bahan lain yang mungkin tidak pernah anda fikirkan. Galakkan pelajar anda menggunakannya daripada pen dan pensel biasa, dan keperluan sekolah lain.

3. Memaksimumkan penggunaan Teknologi
Banyak sekolah telah memperkenalkan konsep bilik darjah pintar. Penggunaan teknologi di bilik darjah dapat membantu mengehadkan penggunaan kertas dan dengan itu membantu menyelamatkan pokok. Galakkan pelajar anda menggunakan teknologi untuk tujuan pembelajaran. Anda juga boleh menyediakan sukatan pelajaran anda dalam talian supaya pelajar dapat memuat turun dan menggalakkan pelajar menghantar tugasan secara dalam talian. 

4. Gunakan tong sampah kitar semula
Letakkan tong sampah berasingan di bilik darjah anda untuk mengumpulkan makanan, kertas dan bahan buangan yang tidak dapat dihancurkan. Sisa makanan yang dikumpulkan boleh digunakan untuk dijadikan baja pada tanaman di sekolah. Sampah kertas boleh dikitar semula dan digunakan lagi, untuk mengurangkan pembaziran.

5. Matikan lampu apabila tidak diperlukan
Minta pelajar anda mematikan lampu sekiranya mereka yang terakhir keluar dari kelas. Gunakan juga jumlah lampu minimum atau tidak jika ada cahaya semula jadi masuk ke dalam bilik darjah semasa membuka tingkap. Ini adalah kaedah mudah untuk menjimatkan tenaga elektrik.

6. Letakkan tumbuh-tumbuhan di dalam bilik darjah
Tumbuh-tumbuhan dapat membantu membersihkan udara di dalam kelas. Selain itu juga, ia membantu pelajar untuk belajar menjaga makhluk hidup. Dimana, berikan tanggungjawab kepada setiap pelajar untuk menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut setiap hari.

7. Membuat pembelajaran di luar bilik darjah
Bawa pelajar anda ke luar kelas sekali sekala. Dedahkan mereka dengan alam semula jadi sambil mengajar  tentang cuaca, flora dan fauna dan geografi tempatan. Juga, rancangkan beberapa aktiviti eko di sekolah bersama pelajar anda.

8. Membuat pemeriksaan kelas pada akhir hari
Pastikan lampu dan kipas di bilik darjah dimatikan pada akhir hari. Juga, pastikan bahawa tidak ada kebocoran di dalam bilik darjah. Sekiranya terdapat kebocoran, beritahu jabatan penyelenggaraan sekolah secepat mungkin.

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson