Tip Menguruskan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah yang sistematik boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif untuk pelajar anda. Oleh itu, beberapa tip dikongsikan untuk menguruskan bilik darjah:
1. Tetapkan peraturan
Peraturan dan rutin membantu untuk menjaga tingkah laku dan disiplin yang anda harapkan daripada pelajar anda. Patuhi peraturan yang anda buat tetapi pastikan persekitaran bilik darjah tidak menjadi terlalu ketat dan kaku sehingga pelajar merasa lemas dengan peraturan yang anda tetapkan
2. Berurusan dengan pelajar yang mempunyai masalah secara peribadi
Minta pelajar bermasalah bercakap dengan anda secara peribadi dan berikan maklum balas dengan tenang. Cuba menjadi rakan mereka tetapi tetap tegas terhadap tingkah laku yang dilakukan dan tidak boleh terima. Apabila anda dapat memahaminya, anda mungkin dapat mengetahui corak atau masalah yang cuba disembunyikan oleh pelajar terhadap tingkah laku nakalnya.
3. Bertenang
Penting untuk mengawal emosi anda agar dapat mengawal kelas anda dengan lebih baik. Sekiranya keadaan menjadi tidak teratur, elakkan dari menjerit kerana ia akan mendatangkan kesan yang buruk. Cuba berdiri dalam diam dan perhatikan pelajar anda. Ini akan menyedarkan mereka tentang perubahan sikap anda dan akan membuat mereka sedar bahawa sesuatu yang mereka lakukan tidak betul. Apabila semua orang terdiam, anda boleh menyambung pelajaran anda.
4. Menjalin hubungan dengan pelajar anda pada setiap hari
Memberi salam kepada pelajar pada setiap pagi, pada awal kelas dan apabila selisih semasa berjalan. Ia akan menggalakan pelajar juga untuk melakukan perkara yang sama dengan sendirinya.
5. Membina hubungan positif
Untuk membantu pelajar menjadi yang terbaik, anda seharusnya mendorong mereka bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam aktiviti kurikulum tambahan. Ini akan membantu membina hubungan yang baik dan boleh dipercayai di antara guru dengan pelajar.
6. Hubungi ibu bapa
Walaupun anda menyokong pelajar dari sekolah, ibu bapa juga merupakan sebagai penyumbang dalam pertumbuhan anak mereka. Pastikan ibu bapa mengetahui prestasi dan tingkah laku anak mereka apabila berada di sekolah.
7. Bersikap interaktif dan mesra
Berinteraksi dengan pelajar anda dan bercakap dengan mereka dengan cara yang mudah untuk membantu mereka lebih selesa apabila berada di dalam kelas. Berkomunikasi dan melibatkan mereka dalam perbualan akan meningkatkan keyakinan dan minat mereka terhadap pelajaran.
8. Tukar gaya pengajaran dari masa ke masa
Strategi pengurusan bilik darjah adalah menggunakan kaedah atau gaya pengajaran yang pelbagai. Pelajar akan kehilangan minat ketika pelajaran dijalankan secara biasa. Oleh itu, untuk mengekalkan minat pelajar, anda harus mengubah cara pengajaran dengan kerap.
9. Libatkan pelajar
Mengadakan sesi kelas yang menarik akan menjadikan pelajar secara aktif mengambil bahagian dalam pelajaran atau tugas yang diberikan dan akan menghalang fikiran mereka untuk berimaginasi dan hilang tumpuan.
10. Tunjukkan sikap ambil peduli
Sikap seorang guru boleh merosakkan pelajar dan selalunya apabila menegur dengan dengan cara yang salah. Pastikan anda mengetepikan emosi semasa berhadapan dengan pelajar. Sekiranya anda merasakan emosi negatif seperti kemarahan, kesedihan atau kebosanan, pastikan anda tidak menunjukkannya kepada pelajar anda. Sebagai pendidik, penting bagi anda untuk menunjukkan perasaan gembira dan sentiasa bersemangat dengan pelajaran yang akan anda ajar.
Start your first discussion