Tip Mengurangkan Keletihan Sebagai Seorang Guru (Bahagian 2)
Sambungan kepada artikel bahagian 1...
11. Kongsi Beban Kerja
Anda mungkin mahir dalam subjek tertentu tetapi ini tidak bermakna anda harus mengambil semua kerja sendiri walaupun pihak pengurusan mungkin memaksa anda. Cuba bercakap dengan pihak pengurusan sekiranya anda tidak boleh melakukannya sendiri. Berkongsi beban kerja atau mengagihkan tugas dengan pengawasan minimum dapat menyelamatkan banyak situasi keletihan yang dialami oleh guru.
12. Menjadi lebih teratur
Menjadi lebih teratur adalah kunci untuk memiliki kerjaya yang selesa dan aman. Sekiranya anda membuat rancangan pada saat-saat terakhir, ia akan mengundang tekanan yang tidak diingini. Maka, anda harus membuat rancangan untuk hari dan minggu yang akan datang dan memastikan bahan pengajaran tesrsedia siap lebih awal. Rancang dengan lebih strategik dapat menyelesaikan pelajaran dengan lebih cepat pada waktu yang ditetapkan.
13. Jangan malu meminta pertolongan
Memikul beban yang berat menjadikan anda bertambah tertekan dan mendatangkan keletihan. Oleh itu, minta pertolongan sama ada rakan sekerja anda atau pelajar. Tangan yang membantu dapat menghilangkan tekanan yang tidak diingini dan anda dapat bergerak dengan lebih pantas dan senang hati.
14. Mengekalkan suasana bilik darjah yang mesra
Bersikap tegas dengan pelajar adalah baik kerana pelajar akan menyelesaikan tugas mereka tepat pada waktunya. Namun, menjadikan suasana bilik darjah yang mesra dapat membuatkan keadaan lebih selesa dan damai. Pelajar suka melakukan sesuatu tanpa paksaan. Oleh itu, berikan mereka ruang dan suasana yang positif.
15. Ketahui had anda
Ini sangat penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Memaksakan diri untuk melakukan perkara yang tidak mungkin akan berakhir dengan kegagalan dan anda mula hilang keyakinan. Sebaliknya, ketahui had anda dan rancang untuk melakukan semuanya dengan sewajarnya. Belajar untuk mengatakan 'tidak'.
16. Lakukan senaman secara berkala
Melakukan senaman setiap hari bukan sahaja membuat anda kuat secara fizikal tetapi membuat anda sihat dari segi mental dan emosi. Oleh itu, cuba beberapa latihan dalam rutin harian anda, sama ada berjalan kaki, berenang, berlari, atau yoga. Endorfin yang dihasilkan dapat menaikkan mood dan semangat anda.
17. Makan makanan yang sihat
Memiliki badan yang sihat adalah penting sebagai asas pergerakkan. Oleh itu, makan makanan sihat dalam diet harian anda dan elakkan makanan ringan. Perbanyakkan makan buah, sayur dan minum air secukupnya setiap hari.
18. Luangkan Masa Bersama Rakan
Adalah idea yang baik untuk meluangkan masa bersama rakan anda sekali sekala. Ini akan menghilangkan kebosanan. Pergi menonton filem atau menjemput rakan untuk makan tengah hari pasti dapat menaikkan mood anda.
19. Dapatkan Rehat Yang Cukup
Ini adalah salah satu teknik berkesan yang digunakan oleh guru di seluruh dunia untuk mengurangkan keletihan yang dialami. Oleh itu, tidur malam yang nyenyak setiap hari adalah penting untuk tetap kekal sihat. Ini akan menjadikan anda segar untuk keesokan harinya dan meningkatkan tahap tenaga anda.
20. Tetapkan matlamat yang realistik
Ia akan mendatangkan masalah dan tekanan sekiranya anda meletakkan harapan yang tinggi terhadap diri sendiri atau pelajar anda. Tidak ada masalah meletakkan bar sedikit lebih tinggi tetapi pastikan anda menetapkan matlamat realistik yang dapat dicapai. Anda juga boleh memberi penghargaan kepada diri sendiri terhadap pencapaian untuk memberi semangat diri sendiri.
Start your first discussion