Tip Mengurangkan Keletihan Sebagai Seorang Guru (Bahagian 1)

Tip Mengurangkan Keletihan Sebagai Seorang Guru (Bahagian 1)

Keletihan guru biasanya dikaitkan dengan pemikiran yang tidak diambil peduli, menanggung beban yang tinggi dan sebagainya. Tidak hairanlah mengapa ramai di antara mereka yang meninggalkan profesion mereka di separuh jalan. Walau bagaimanapun, ada jalan penyelesaian untuk semuanya. 

1. Meditasi Minda

Meditasi dengan menumpukan sepenuh fikiran dapat membantu mereka mengurangkan keletihan mereka. Ini malah membantu mereka lebih terkawal dan proaktif dalam situasi yang sukar.

2. Ajar dari hati anda

Bahagian terbaik untuk menjadi seorang guru adalah mengajar dari hati anda. Sebaik sahaja anda menyukai dengan apa yang anda lakukan, semua akan berjalan dengan lancar. Mengajar dengan penuh semangat membawa banyak  aura positif di dalam bilik darjah.

3. Sentiasa senyum

Dalam semua profesion, dengan senyuman dapat memberi kebaikan kepada anda secara fizikal, mental dan emosi. Mungkin sukar untuk melakukannya sekiranya tekanan semakin meningkat. Walau bagaimanapun, mempraktikkannya dapat membantu guru untuk terus maju dengan fikiran yang positif dan dapat meningkatkan mood dan semangat orang di sekeliling anda.

4. Tiba di sekolah lebih awal setiap hari

Penting untuk mengekalkan nilai-nilai murni seperti menepati masa dan disiplin dalam profesion perguruan. Sekiranya anda sampai ke sekolah lebih awal setiap hari memberi anda masa untuk berehat dan melakukan persiapan mental sebelum anda memulakan tugasan pada hari itu. Sebaliknya, bergegas ke sekolah dan kelas pada saat-saat terakhir akan memberi tekanan yang tidak diingini.

5. Ketawa dengan kuat

Biasakan untuk ketawa dengan situasi yang mungkin dapat mengawal anda. Bermaksud mengubah perspektif terhadap perkara-perkara sukar di sekeliling anda dan cuba ketawa. Memperbanyakkan ketawa dapat menjadikan anda sihat dan bahagia.

6. Pantau Perasaan Anda

Penting untuk mengetahui perasaan anda  kerana ia menolong anda untuk mengambil langkah kebelakang sebelum berlaku perkara-perkara tidak dapat dikawal. Setiap kali anda melihat tanda-tanda seperti itu, luangkan sedikit masa untuk tetap realistik atas situasi itu.

7. Tinggalkan Kerja di Sekolah

Adalah baik untuk memberikan yang terbaik sebagai guru semasa anda berada di sekolah tetapi anda perlu meninggalkan kerja di sekolah setelah tamat sesi persekolahan. Sebaik sahaja anda sampai di rumah, tinggalkan pemikiran berkenaan sekolah dan luangkan masa yang berkualiti dengan orang tersayang. 

8. Mengambil cuti

Sekiranya anda menghadapi terlalu banyak kerja, ambil cuti untuk mengecas kembali diri anda menjadi lebih kuat dan bersemangat. Penting untuk memberi diri anda sedikit masa untuk kembali dengan lebih banyak kekuatan dan wawasan yang lebih baik semasa mengajar.

9. Kongsi masalah anda

Sama seperti profesion lain, seorang guru akan menghadapi banyak masalah yang tidak dapat dielakkan sepanjang kerjaya mereka. Menanggung segala rasa kebimbangan boleh menyebabkan guru menjadi letih. Oleh itu, kongsikan masalah anda dengan orang yang boleh dipercayai, mungkin orang yang lebih rapat seperti sahabat atau ibu bapa anda.

10. Ajar sesuatu yang baru

Ini adalah cadangan yang sangat menarik bagi guru yang terus mengajar perkara yang sama selama bertahun-tahun. Cuba ajar sesuatu yang baru setiap hari atau sekurang-kurangnya tambahkan maklumat baru pada bahan pengajaran biasa.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson