Tip Mengatasi Tekanan

Tip Mengatasi Tekanan

1.       Mengambil masa untuk bersendirian

Ambil sedikit masa apabila bersendirian, ini adalah untuk memberi ruang kepada anda untuk mengatasi tekanan yang dihadapi dengan cara mengurut dengan kuat dibahagian rahang, bahu dan dahi. Kemudian menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian hembus.

 

2.       Mengambil cuti

Sekiranya pada hujung minggu ataupun pada cuti sekolah, gunakan masa yang ada untuk membuat aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan seperti merancang acara yang ingin dilakukan, bersenam, menonton wayang dan sebagainya. Walaupun pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan, ambil sedikit masa untuk mengembalikan tenaga anda.

 

3.       Membuat aktiviti yang menyeronokkan

Mencari dan membuat aktiviti yang anda minat seperti berenang, jogging, yoga, mendaki bukit, berbasikal, menari dan sebagainya dan jadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti rutin anda.  Selain itu, berjalan pantas selama 20 minit dalam 3 kali seminggu juga boleh memberi kesan yang positif terhadap fizikal dan mental sentiasa cergas dan sihat.

 

4.       Berfikiran positif

Fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan seperti sentiasa sebut ‘saya boleh!’ dan percaya bahawa anda boleh.

 

5.       Berkongsi dengan pasangan/kawan

Berkongsi sesuatu perkara atau masalah akan membuatkan anda berasa lebih baik. Sebaik sahaja anda menyuarakan perkara yang menjadi perhatian anda, anda akan mula merasa perubahan pada diri anda kerana ia tidak menjadi masalah pada anda lagi.

 

6.       Menarik nafas

Amalkan teknik menarik nafas dalam secara perlahan-lahan sambil membuat kiraan 5 saat, kemudian tahan nafas dalam kiraan 5 saat dan seterusnya hembus nafas secara perlahan-lahan. Ulangi teknik ini selepas 10 minit sehingga anda rasa tekanan yang dirasai berkurangan. Tumpukan perhatian pada pergerakkan dada dan perut, pastikan nafas anda menjadi tumpuan pemikiran anda.

 

7.   Luangkan masa dengan alam semula jadi

Keluar bersiar-siar di luar rumah sambil menghirup udara segar dapat membantu mengurangkan tekanan anda secara semula jadi. Walaupun hanya 5 minit akan dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan menaikkan mood anda.

 

8.   Dapatkan tabiat tidur yang baik

Elakkan membuat ruang kerja di dalam bilik, jadikan bilik sebagai ruang bebas kerja. Pastikan anda tidak menggunakan telefon bimbit sebelum tidur, malahan membuat sesuatu yang aktiviti yang lebih santai seperti membaca buku. Cuba kurangkan pengambilan kafein dan alkohol selepas jam 6 petang untuk mendapatkan tabiat tidur yang lebih baik.

 

9.   Elakan tempat yang tidak teratur dan kotor

Tempat yang tidak kemas akan menghilangkan mood dan tenaga anda. Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan. Pastikan meja, rumah dan kereta anda sentiasa dalam keadaan kemas supaya anda merasa lebih tenang.

 

10.   Hadkan komitmen

Tentukan keutamaan dan “Tunda” tugasan berdasarkan kepentingan setiap pilihan. Ini mampu meringankan bebanan dan memberikan anda lebih masa peribadi untuk relaks.

 

 

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson