Tip Mengatasi “Monday Blues”
Setiap orang mesti akan mempunyai perasaan malas untuk pergi bekerja setelah lama bercuti. Tetapi anda mesti mengharungi dan melakukannya. Berikut merupakan beberapa kaedah untuk mengatasi rasa malas tersebut:
1. Merancang
Membuat rancangan aktiviti atau tugas pada hari pertama anda kembali bekerja supaya anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Kemungkinan hari pertama anda mungkin akan rasa tertekan kerana anda bleum berada dalam semangat bekerja sepenuhnya. Tetapi selepas pada hari tersebut akan lebih selesa.
2. Dapatkan tidur yang cukup
Pastikan mendapatkan tidur yang cukup kerana apabila anda bangun keesokkan harinya, anda akan rasa lebih segar untuk pergi berkerja.
3. Lakukan sesuatu yang anda suka pada hari ahad
Luangkan masa hari ahad anda dengan melakukan sesuatu yang anda suka seperti bersukan, membeli belah dan sebagainya.
4. Memotivasikan diri
Berikan diri anda dengan sesuatu perkara pada hari pertama kembali bekerja. Sebagai contoh, makan sarapan pagi yang makanan yang enak, membuat sesuatu yang menyeronokkan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja (mendengar lagu sambil menyanyi), menikmati makan tengah hari yang enak dan sebagainya.
5. Balik tepat pada waktu
Sememangnya hari pertama akan merasa sibuk dan meletihkan. Apabila anda balik ke rumah awal, anda akan dapat merehatkan minda dan merehatkan badan anda setelah bekerja pada hari tersebut dan bersedia untuk keesokkan harinya.
Start your first discussion