Tip Membuat Portfolio Pengajaran yang Sistematik

Tip Membuat Portfolio Pengajaran yang Sistematik

Portfolio mengumpulkan semua dokumen di dalam satu fail yang tersusun. Ia penting di dalam menyiapkan tinjauan tahunan, mencari pekerjaan baru, atau menyusun dokumen perkerjaan anda. 

Berikut merupakan portfolio pengajaran bagi seorang guru:

1. Portfolio Pengajaran harus menunjukkan falsafah pengajaran anda.

Kandungan portfolio pengajaran merangkumi rancangkan kerja dan apa yang harus anda lakukan dalam harian anda bersama pelajar di dalam kelas. Seperti apakah strategi yang harus anda gunakan untuk menarik perhatian pelajar?, apakah strategi untuk menangani pelajar yang kurang faham? Dan sebagainya.

Oleh itu, portofolio pengajaran anda adalah berpusat pada falsafah pengajaran anda, jadi pastikan anda melihat senarai semak falsafah pengajaran dan senarai semak portfolio pengajaran ini untuk memulakan pengajaran anda.

2. Portfolio pengajaran harus mengandungi banyak maklumat.

Portfolio dijadikan sebagai mengumpul maklumat seperti menyimpan gambar, hasil kerja pelajar, rancangan pelajaran. Sebagai contoh mengambil gambar aktiviti yang dilakukan oleh pelajar, dan gambar hasil kerja mereka. 

Selain itu juga, anda boleh mencetak e-mel yang anda hantarkan kepada ibubapa. Ia dijadikan sebagai dokumen sokongan atau bukti yang anda lakukan.

3. Portfolio pengajaran harus disusun dan dapat digunakan.

Gunakan pembahagi bahagian untuk menyusun dokumen anda mengikut kategori seperti maklumat peribadi, rancangan pelajaran, hasil kerja pelajar, penilaian dan sebagainya. Pastikan anda memilih hasil kerja pelajar yang terbaik dari yang terbaik. Berikan tajuk pada setiap halaman dengan menggunakan teg yang bertulis untuk memudahkan pencarian. Ia juga akan memudahkan penilai untuk menyemak portfolio anda semasa ditemu ramah.

Dengan adanya portfolio, anda boleh menonjolkan kekuatan anda untuk dijadikan sebagai dokumen sokongan dan bahan bukti. Maka, gunakan portfolio pengajaran untuk menunjukkan sisi terbaik anda.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson