Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) merupakan kondisi yang mempengaruhi otak dan tingkah laku. Seseorang individu yang mempunyai ADHD akan mempunyai perkembangan otak dan tahap aktiviti otak yang berbeza dan ini akan mempengaruhi tingkah laku, fokus dan keupayaan mereka untuk duduk dalam jangka masa yang lama. Berikut adalah tip membantu pelajar (ADHD):
1. Tempatkan pelajar jauh dari pintu dan tingkap supaya mereka tidak terganggu dari gangguan luar bilik darjah.
2. Sebut nama mereka dengan jelas pada awal arahan supaya mereka sedar dan akan memberi perhatian pada guru.
3. Membiarkan pelajar menyelesaikan satu bahagian tugasan yang diberikan kemudian memberi arahan ringkas apa yang perlu mereka lakukan seterusnya.
4. Meminta pelajar menyediakan bahan seperti buku atau pensil supaya mempunyai aktiviti fizikal yang harus dilakukan.
5. Menggunakan pergerakkan fizikal dalam pelajaran mengikut kesesuaian.
6. Bertindak dengan segera apabila terjadi pergaduhan atau kelakuan yang tidak baik. Kemudian beri penjelasan berkenaan apa yang mereka telah lakukan.
7. Sentiasa memberi pujian apabila mereka berkelakuan baik supaya mereka merasa dihargai.
8. Menyediakan bola plastik kenyal atau slime supaya mereka bermain sendirian di tempat mereka.
|
Tag
tips
ADHD
Sindrom
Hiperaktif
Reflection
Apakah yang akan anda lakukan sekiranya berhadapan dengan pelajar ADHD?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Antara berikut, yang manakah cara membantu pelajar ADHD?
Terangkan secara ringkas bagaimana untuk membantu pelajar ADHD?
This field is required
The text is too short
The text is too long