TikTok dalam PdP

TikTok dalam PdP

Share this post

Sama ada anda menganggap TikTok berguna dalam PdP mungkin bergantung pada tahap gred dan kandungan anda, tetapi juga falsafah peribadi anda. Pelajar lebih terdedah dengan penggunaan media sosial dan mudah terpengaruh dengannya. Maka berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan TikTok dalam PdP:

1. Untuk Mengajar Pelajaran

Tiktok secara beransur-ansur diintegrasikan ke dalam rancangan pengajaran guru di banyak tempat di dunia dan untuk sebab yang baik juga. Pelajar boleh menggunakan apa yang telah dipelajari di dalam kelas atau melalui video dan guru kemudian boleh meminta pelajar membuat klip 15 saat di TikTok untuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari. Ia berfungsi sebagai cara yang menyeronokkan dan menarik bagi pelajar untuk menunjukkan pengetahuan mereka mengenai konsep utama subjek seperti topik sejarah, tatabahasa khususnya dan sebagainya.

2. Untuk menjelaskan konsep pelajaran

Guru juga boleh menggunakan TikTok sebagai cara menjelaskan konsep paling penting dalam pelajaran. Dimana guru harus membuat akaun TikTok dan memuat naik video untuk tontonan pelanggan TikTok yang lain untuk menerangkan konsep-konsep penting mengenai subjek pembelajaran. Ini menawarkan kepada pelajar cara menarik untuk memperkukuhkan pemahaman mereka mengenai topik tersebut dan mereka boleh mengakses video pada bila-bila masa yang mereka kehendaki.

3. Untuk membuat projek akhir

Apabila hashtag #finalproject dicari di TikTok terdapat berjuta-juta video hebat yang telah dibuat oleh pelajar untuk menunjukkan projek mereka. Pelajar boleh melakukan secara individu atau berkumpulan, dengan ini juga pelajar akan berasa seronok untuk melakukannya. Guru boleh memberikan topik tertentu kepada pelajar dan pelajar boleh membuat keputusan antara mereka sendiri apa peranan mereka dalam video TikTok (watak, pencerita, penulis skrip).

4. Untuk memberi kesedaran di pelajar

Kumpulan tiktok boleh ditubuhkan untuk sekolah dan pelajar boleh membuat video tiktok supaya rakan-rakan pelajar yang lain boleh melihat apa peristiwa yang berlaku dalam kawasan sekolah. Guru dan kakitangan sekolah boleh mendorong pelajar untuk menjadi kreatif dengan menggunakan TikTok untuk membuat video berkenaan acara sukan, pameran sains sekolah, tarian, dan banyak lagi.

5. Untuk menjalin hubungan dengan guru lain

Bukan sahaja pelajar, guru juga boleh menggunakan TikTok dimana guru boleh memanfaatkan media sosial untuk menjalinkan hubungan dengan guru lain sama ada dekat mahupun jauh. Guru boleh mengikuti satu sama lain dan mempelajari teknik dan idea baru yang mereka sendiri boleh gunakan di dalam kelas mereka sendiri. Ini adalah satu kaedah yang baik bagi guru untuk menerima nasihat dan maklumat mengenai perkara yang berkesan dan sebaliknya yang boleh digunakan di dalam kelas.

6. Untuk membina hubungan dengan pelajar

Penggunaan TikTok dalam proses pembelajaran boleh membina hubungan di antara pelajar dan guru. Guru boleh membuat video pendidikan yang memberi gambaran kepada pelajar mengenai kehidupan mereka. Ia membolehkan pelajar untuk mengenali guru dan berinteraksi dengan mereka melalui platform TikTok.

7. Untuk berinteraksi di antara pelajar

Guru dapat mendedahkan pelajar dengan hashtag pendidikan untuk diikuti. Dimana pelajar kemudian dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan saling menghantar video pendidikan yang berkaitan dengan hashtag yang bukan sahaja membantu dalam proses pembelajaran tetapi menjalin hubungan.
 

Tag TikTok

Adakah anda akan mula menerapkan TikTok dalam pengajaran? dan kenapa?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson