Kemahiran Menilai
Dalam Hierarki Taksonomi Bloom (Taksonomi Semakan Anderson), Kemahiran Menilai dikategorikan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kemahiran ini memerlukan murid untuk membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberikan justifikasi.
Rajah 1: Sumber daripada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di Sekolah (p. 5), Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
|
Untuk mengimplimentasikan kemahiran ini di dalam bilik darjah, aktiviti berbentuk penyelesaian masalah adalah dihalakkan. Oleh hal yang demikian, teknik penyoalan amat sesuai digunakan dalam kalangan murid sewaktu PdPc bagi membimbing mereka menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.
Teknik Penyoalan Bermatlamat
Teknik Penyoalan Bermatlamat KaKOKaP merangkumi beberapa langkah iaitu Kata kunci (Ka), Kehendak soalan (K), Operasi (O), Kaedah (Ka) dan Pembuktian (P). Berikut dikongsikan langkah – langkah dalam teknik penyoalan bermatlamat dalam meningkatkan kemahiran menilai murid bagi topik wang:
Rajah 2: Aliran dalam teknik penyoalan bermatlamat.
|
Aplikasi dalam Topik Wang
Berikut dilampirkan contoh bagai mana teknik penyoalan bermatlamat diintegrasikan dalam topik wang di dalam bilik darjah.
Rajah 3: Contoh soalan dalam topik wang.
|
1. Langkah 1 :-
Boleh kamu senaraikan kata kunci daripada soalan tersebut?
|
Wang simpanan = RM12 000
Lihat dengan teliti peratus keuntungan dan caj jualan yang dikenakan.
|
|
|
2. Langkah 2 :-
Apakah kehendak (konteks) soalan? Boleh kamu ceritakan secara ringkas?
|
Murid perlu memilih unit amanah yang paling menguntungkan.
|
|
|
3. Langkah 3 :-
Apakah operasi matematik yang terlibat?
|
Pendaraban pecahan (mencari nilai peratus bagi peratus keuntungan dan caj jualan.
|
|
|
4. Langkah 4 :-
Apakah kaedah penyelesaian yang sesuai?
|
Cari nilai akhir wang simpanan setelah ditambah peratus keuntungan dan ditolak dengan caj jualan.
|
|
|
5. Langkah 5 :-
Boleh kamu buktikan?
|
Murid menjalankan langkah kerja bagi mencari nilai akhir wang simpanan dan menilai unit amanah yang paling menguntungkan.
|
|
|
Rujukan:
Teknik ini telah dibentangkan oleh Encik Ziham Zawawi bin Mazlan di Persidangan KBAT Peringkat Negeri Pulau Pinang Di Bawah Inisiatif #20 Pembudayaan KBAT Dalam Pembelajaran Abad ke-21, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
- Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia . (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di Sekolah . Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kata Kunci: Sekolah Rendah, Wang, KBAT – Kemahiran Menilai, PAK 21.
|