Teknik Mudah Menghafal Sejarah

Teknik Mudah Menghafal Sejarah

Share this post

 

Teknik mudah menghafal Sejarah ini dikongsikan oleh Cikgu Muhammad Firdaus Kamaruzaman atau Cikgu Fir. Beliau berkongsi teknik ini bagi membantu pelajar memperoleh markah cemerlang dengan menghafal mata pelajaran Sejarah. Guru bolehlah mencadangkan teknik ini kepada pelajar.

 

1. Mendengar lagu

 

Kebanyakan pelajar mudah terdorong untuk melakukan sesuatu perkara sekiranya terdapat muzik atau lagu. Teknik ini membuatkan pelajar semakin seronok untuk belajar dan menghafal fakta. Oleh itu, dengan mendengar lagu ketika menghafal Sejarah secara tidak langsung membantu menguatkan daya hafalan mereka.

 

2. Tukar lirik lagu

Cara ini boleh dilakukan dengan menukarkan lirik lagu yang pelajar gemari kepada fakta Sejarah. Dengan adanya melodi, pelajar akan lebih mudah untuk menghafal sejarah dan seronok untuk melakukannya.

 

3. Teknik pengulangan fakta

Ini merupakan asas kepada setiap hafalan. Pelajar boleh mengulangi fakta atau menulisnya berulang kali sehingga dapat mengingatinya. Contohnya, dengan menulis fakta sebanyak tiga hingga sepuluh kali dapat membantu menguatkan daya ingatan pelajar.

 

4. Teknik posting

Teknik ini sudah banyak dilakukan, pelajar hanya perlu merakam video dan memuat naik fakta Sejarah dalam media sosial. Teknik ini dapat membantu pelajar lain juga dalam memberi manfaat menyebarkan fakta Sejarah.

 

5. Teknik akronim

Teknik ini sering digunakan oleh kebanyakan guru untuk membantu pelajar mereka dalam mengingati fakta. Caranya dengan hanya mengambil huruf awal pada setiap ayat fakta.

 

6. Teknik anggota badan

Teknik ini sangat mudah kerana ianya hanya melibatkan anggota badan. Contohnya, apabila fakta ‘memancing’, pelajar hanya perlu membuat gerakan seperti ‘memancing’.

 

7. Teknik media sosial

Laman sosial seperti Tik Tok, Facebook, Instagram dan lain-lain juga mempunyai informasi tentang fakta Sejarah. Galakkan pelajar untuk sering mengunjungi media sosial yang mendatangkan faedah dan memberikan fakta yang lebih jelas.

 

8. Lukiskan satu gambar

Teknik ini sering dilakukan kerana dengan hanya mengingati satu objek gambar dan mengaitkannya dengan fakta-fakta Sejarah dalam sesuatu subtopik itu.

 

 

Rujukan

8 Teknik Mudah Menghafal Sejarah Cara Cikgu Fir

 

Tag Teknik Lagu

Reflection

Bagaimanakah anda menggalakkan pelajar anda untuk mengingati fakta Sejarah?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apabila terdapat fakta ‘memancing’, pelajar hanya perlu membuat gerakan seperti ‘memancing’ merupakan teknik?

Adakah anda menggunakan cara lain untuk membantu pelajar selain daripada yang dicadangkan? Nyatakan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson