Teknik Mengembangkan Corak Pertumbuhan Pemikiran Pelajar

Teknik Mengembangkan Corak Pertumbuhan Pemikiran Pelajar

Apakah itu pertumbuhan pemikiran?

Pelajar yang menunjukkan pertumbuhan pemikiran percaya bahawa, walaupun menghadapi rintangan dan cabaran, seseorang dapat mengembangkan kemampuan dan mencapai tujuan melalui motivasi, kerja keras, dan latihan. Pertumbuhan pemikiran adalah salah satu konsep yang harus diajar dengan kerap sepanjang tahun. 

Berikut merupakan beberapa kaedah untuk membantu pelajar mengembangkan corak pertumbuhan pemikiran:

1. Mengembangkan corak pertumbuhan pemikiran menggunakan muzik

Muzik boleh menjadi alat pengajaran yang hebat. Ia dapat membantu menjadikan pelajaran lebih seronok, bermakna, dan memberi inspirasi.

Selain hanya memainkan lagu di dalam kelas, anda boleh meminta pelajar untuk mencari pesanan-pesanan positif di dalam lagu tersebut dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  • Menyampaikan lirik lagu
    Minta pelajar memilih barisan lirik lagu yang mencorakkan pertumbuhan pemikiran mereka dimana mempunyai pesanan-pesanan positif. Kemudian, arahkan mereka untuk menulis barisan tersebut pada sebuah kertas dan melekatkannya di atas meja untuk menjadi inspirasi setiap hari.
  • Memilih lagu bertemakan pertumbuhan pemikiran
    Cabar pelajar untuk mencari lagu yang mempunyai tema inspirasi. Kemudian memilih lagu tersebut untuk dijadikan lagu tema kelas dan mainkan lagu-lagu tersebut sepanjang tahun. Atau, minta pelajar mencari seniman yang memberi inspirasi dalam hidupnya.

2. Mengembangkan corak pertumbuhan pemikiran menggunakan coretan.

Sekiranya anda mencari kaedah untuk menarik minat pelajar untuk mengembangkan pertumbuhan pemikiran, aktiviti coretan juga merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan. Antaranya ialah:

  • Kad meja
    Pelajar boleh menggabungkan petikan inspirasi dengan kata-kata yang melambangkan pertumbuhan pemikiran untuk dijadikan kad meja.
  • Coretan artikel dan nota
    Minta pelajar untuk mengumpulkan kata-kata pertumbuhan pemikiran daripada sumber artikel dan dijadikan nota.

3. Mengembangkan corak pertumbuhan pemikiran dengan rakan sebaya.

Ini juga merupakan kaedah yang baik untuk membantu pelajar mengembangkan pertumbuhan pemikiran sekaligus dapat membina komuniti pada masa yang sama. Antaranya aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

  • Minta pelajar berpasangan atau berkumpulan dan menulis sketsa berkenaan pertumbuhan pemikiran untuk di dilakonkan di dalam kelas. Arahkan mereka untuk memilih watak utama sebagai topik utama dan watak tambahan untuk bertindak balas dengan topik utama tersebut. Galakkan pelajar untuk menjadi lebih dramatik semasa membuat dan melakukan sketsa. Ini menjadikan perbincangan yang menyeronokkan, dan banyak pengajaran.
  • Berikan kad perbincangan pertumbuhan pemikiran kepada setiap kumpulan pelajar. Pada kad tersebut mempunyai soalan yang berkaitan dengan pertumbuhan pemikiran yang harus pelajar bincangkan bersama ahli kumpulan.

4. Mengembangkan corak pertumbuhan pemikiran dengan sejarah.

Kaedah terbaik untuk menunjukkan kekuatan pertumbuhan pemikiran adalah dengan menginspirasikan tokoh sejarah. Apabila pelajar mengetahui bahawa pemimpin yang hebat dan membuat perubahan dengan mengatasi cabaran yang dihadapi, mereka dapat melihat secara langsung terhadap kejayaan dibangunkan oleh tokoh tersebut. Antaranya aktiviti yang boleh dilakukan ialah;

  • Menggabungkan bahan kajian penyelidikan daripada internet dengan penulisan untuk dijadikan projek pertumbuhan pemikiran. Minta pelajar mengkaji tokoh terkenal dan mencari sumbangan yang telah mereka lakukan dan minta pelajar membuat projek 3-D yang menyeronokkan!
  • Membincangkan tokoh yang memberi inspirasi dalam pertumbuhan pemikiran pada setiap minggu. 
  • Mengambil sedikit masa dalam sesi pembelajaran dimana guru membacakan biografi mengenai tokoh terkenal kepada pelajar bagaimana tokoh tersebut memberi sumbangan kepada dunia dan menjadi inspirasi.

5. Mengembangkan corak pertumbuhan pemikiran dengan seni.

Melibatkan pelajar belajar mengenai pertumbuhan pemikiran dengan melakukan aktiviti seni atau projek yang menyeronokkan.

  • Minta pelajar membuat poster kolaborasi besar yang memaparkan tokoh-tokoh terkenal yang memberi inspirasi. 
  • Minta pelajar membuat poster berkenaan pertumbuhan pemikaran seperti melukis wajah tokoh terkenal dengan kata-kata inspirasi, kemudian buat salinan untuk kelas. Selain itu, tampalkan pada papan kenyataan kelas supaya boleh dilihat oleh seluruh pelajar.

6. Mengembangkan corak pertumbuhan pemikiran dengan puisi.

Puisi adalah kaedah yang cepat dan mudah untuk mengembangkan pertumbuhan pemikiran. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

  • Berikan puisi kepada setiap kumpulan pelajar dengan beberapa soalan untuk mereka bincangkan. Kemudian, bincangkan dengan seluruh pelajar di dalam kelas.
  • Minta pelajar membuat puisi dan bacakan di hadapan kelas. Ia juga membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri.

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson