Teknik Membaca Untuk Belajar: PORPE

Teknik Membaca Untuk Belajar: PORPE

Share this post

TEKNIK MEMBACA UNTUK BELAJAR

 

  • Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang.
  • Teknik ini membantu murid untuk memahami teks dan mengingat maklumat yang terdapat dalam teks dan maklumat yang berkaitan dengan teks.
  • Antara teknik yang dicadangkan ialah:
    • Teknik tinjauan
    • PORPE
    • Mencatat nota untuk belajar
    • PLEA
    • Bengkel internet

 

Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu teknik membaca yang digunakan untuk belajar, iaitu PORPE.

 

 

TEKNIK PORPE (PREDICT, ORGANIZE, REHEARSE, PRACTICE, EVALUATE)

 

  • Merupakan panduan belajar yang dicipta oleh Simpson (1986, 1992).
  • Direka untuk:
    • Membantu murid dalam merancang, memantau dan menilai pembelajaran mereka secara aktif
    • Membantu murid mempelajari proses-proses yang melibatkan penyediaan peperiksaan esei/bertulis.
    • Membantu murid menggunakan proses menulis sebagai salah satu cara mempelajari bahan bidang kandungan.
  • Sesuai untuk menjawab soalan jenis esei.
  • PORPE mempunyai 5 langkah iaitu:
    • Predict (menelah)
    • Organize (menyusun)
    • Rehearse (raptai)
    • Practice (berlatih)
    • Evaluate (menilai)

 

 

1. Predict (Menelah)

 

  • Murid perlu menelah soalan esei yang berpotensi untuk membantu mereka mempelajari bab selanjutnya selepas mereka membaca teks yang dipilih.
  • Cara ini dapat menjelaskan tujuan murid membaca selanjutnya, mengenal pasti aspek-aspek genting dalam teks yang dibaca, dan memberi fokus pada kandungan penting.
  • Soalan esei yang dijangkakan itu menjadi pemandu aras kepada pelajar untuk melakukan sintesis dan menilai bahan bacaan.
  • Simpson telah mengecilkan kepada 4 fasa.
    • Fasa 1: Murid perlu didedahkan dengan bahasa yang digunakan dalam pembinaan soalan esei. Perkataan seperti huraikan, bandingkan, bezakan, dan kritik perlu didefinisikan dan dibincangkan terlebih dahulu.
    • Fasa 2: Guru perlu menunjukkan contoh proses membuat telahan soalan esei kepada murid daripada teks yang diberikan. Perkara ini perlu direkod dan dibincangkan supaya murid faham bagaimana dan mengapa soalan-soalan itu dibentuk.
    • Fasa 3: Murid membuat soalan esei berdasarkan topik khusus. Guru perlu mengarahkan murid untuk membina soalan, memandu mereka menggunakan perkataan yang tepat untuk membina soalan esei.
    • Fasa 4: Murid perlu membuat soalan secara individu.

 

 

2. Organize (Menyusun)

 

  • Murid dikehendaki menyusun maklumat yang akan menjawab soalan yang telah dibuat telahan.
  • Murid perlu meringkaskan dan membuat sintesis teks mengikut struktur bab yang dibaca.
  • Murid mencuba menjawab setiap soalan yang telah dibuat telahan dengan menggunakan perkataan sendiri atau menggunakan visal seperti outline, carta, atau pengurusan grafik tentang jawapan yang dijangkakan.
  • Guru boleh berkongsi alat atau teknik yang digunakan untuk mengingat idea penting bagi menjawab soalan esei seperti rangka kasar.
  • Guru juga boleh membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil dan meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja kepada seluruh kelas.
  • Guru perlu menyemak tugasan murid dan memberikan maklum balas secara bertulis terhadap tugasan murid.

 

 

3. Rehearse (Raptai)

 

  • Pada fasa ini, murid mengeluarkan semula idea, contoh dan susunan yang telah diingat seolah-eloh ketika menduduki peperiksaan.
  • Langkah-langkah ini dicadangkan untuk fasa ini.
    • Arahkan murid membuat raptai dengan menyebut dengan kuat susunan isi penting yang telah dibuat.
    • Tambah idea dan contoh daripada rangka kasar, satu demi satu isi. Tambah lagi idea yang baharu sekiranya betul.
    • Murid digalakkan menguji ingatan mereka berulang-ulang kali bagi memastikan maklumat penting itu berada dalam ingatan jangka panjang apabila susunan, idea dan contoh sudah berada dalam ingatan.

 

 

4. Practice (Latihan)

 

  • Fasa utuk mengesahkan pembelajaran dengan mencatatkan secara terperinci idea yang terdapat dalam fasa raptai.
  • Guru boleh membantu murid sekiranya murid kurang faham cara penulisan semua idea tersebut.
  • Guru perlu menekankan perkara berikut:
    • Lakarkan rangka kasar jawapan untuk menjawab soalan sebelum menulis jawapan sepenuhnya.
    • Pastikan ayat pertama dalam perenggan pengenalan ialah parafrasa daripada ayat soalan atau buat pendirian yang jelas tentang soalan yang dikemukakan.
    • Gunakan frasa transisi seperti faktor pertama atau dengan perkataan lain atau kesimpulannya, dan sebagainya untuk memastikan struktur jawapan jelas dan memudahkan pemeriksa
    • Masukkan contoh bagi setiap idea utama
    • Apabila penulisan tamat, semak semula rangka jawapan untuk menyemak sama ada rangka yang dibuat selari dengan jawapan yang ditulis. Akhirnya, baca sekali lalu untuk memastikan wacana yang dibuat itu mudah difahami dan betul.

 

 

5. Evaluation (Menilai)

 

  • Fasa yang memerlukan murid menilai kualiti latihan menulis jawapan soalan esei.
  • Murid akan belajar memantau sama ada mereka perlu berbalik pada fasa susunan atau fasa raptai atau mereka telah bersedia untuk menjawab soalan berbentuk esei.
  • Guru boleh menyediakan alat pemantauan dalam bentuk soalan seperti yang berikut:
    • Adakah soalan tersebut terjawab?
    • Adakah ayat pertama dalam perenggan pendahuluan memparafrasa soalan atau murid menyatakan pendirian mereka?
    • Adakah jawapan atau idea utama disusun bagi memudahkan pembaca?
    • Adakah contoh digunakan untuk membuktikan kebenaran atau menjelaskan setiap idea utama?
    • Adakah frasa transisi digunakan untuk memudahkan pembaca memahami teks?
    • Adakah kandungan jawapan itu munasabah?

 

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

 

Tag Membaca PORPE Menilai

Prior knowledge

1.  Nyatakan satu (1) teknik membaca untuk belajar yang anda tahu selain teknik PORPE.

1. 

Fasa manakah yang memerlukan murid menilai kualiti latihan menulis jawapan soalan esei?

Reflection

1.  Nyatakan satu (1) sebab teknik PORPE direka.
Loading...
Load lesson