Teknik Membaca Secara Kritikal: Teknik Prosedur ReQuest

Teknik Membaca Secara Kritikal: Teknik Prosedur ReQuest

Share this post

TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL

 

  • Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
  • Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
  • Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
  • Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
  • Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
  • Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
  • Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
    • Teknik Bertanya Kepada Penulis
    • Teknik KWL
    • Teknik Preview Teks
    • Teknik Prosedur Request
    • Teknik Hubungan Soal Jawab
    • Teknik Pengajaran Eksplisit.
    • Teknik Berfikir Bersuara
    • Teknik Menerap Imej
    • Teknik Dialog
  • Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Prosedur Request.

 

 

TEKNIK PROSEDUR REQUEST

 

  • Dirangka bagi membantu pelajar membaca secara kritikal dengan bertanyakan soalan.
  • Merupakan teknik pembaca yang dinamik dimana guru dan pelajar saling berinteraksi melalui soalan yang dikemukan oleh guru kepada pelajar dan juga soalan daripada pelajar kepada guru ketika proses pembacaan berlangsung.
  • Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala yang dapat meningkatkan kefahaman membaca.
  • Menambahkan keupayaan pelajar membaca secara kritikal setelah mereka membina soalan-soalan yang berkenaan dengan teks yang dibaca.
  • Melalui teknik ini, guru dapat memantau pelajar tentang kefahaman mereka menerusi soalan yang dikemukakan serta cara pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru. 

 

  • Cadangan Tatacara Perlaksanaan Prosedur ReQuest Di Kelas
  • Guru dan pelajar membaca sebahagian teks bersama-sama di dalam kelas.
  • Pelajar diminta untuk menanyakan soalan yang tidak difahami berkaitan dengan teks yang dibaca setelah guru menutup teks tersebut.
  • Seterusnya, giliran pelajar pula untuk menutup teks dan guru perlu mengemukakan soalan yang berkaitan dengan teks yang dibaca.
  • Guru membantu pelajar untuk meramalkan maklumat yang bakal dijumpai apabila mereka meneruskan proses pembacaan.
  • Jika ramalan pelajar berkaitan teks adalah betul, maka pelajar dibenarkan untuk meneruskan proses pembacaan. Namun begitu, jika ramalan yang dilakukan adalah tidak tepat, maka pelajar haruslah mengulangi semula langkah 1 hingga 4.
  • Pelajar saling bertukar pandangan antara satu sama lain berkenaan dengan teks yang dibaca dan jawapan kepada soalan yang ditanya berdasarkan langkah 2.

 

  • Kelebihan Teknik Prosedur ReQuest
  • Menerapkan sikap kritikal dan analitikal dalam kalangan pelajar apabila mereka kerap bertanyakan soalan kepada guru.
  • Memberikan peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan agar mereka dapat meningkatkan kefahaman terhadap teks yang dibaca.
  • Mewujudkan suasana pembacaan yang lebih dinamik menerusi penglibatan aktif yang ditunjukkan oleh guru dan pelajar ketika bertanyakan soalan kepada satu sama lain.

 

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

 

Tag Membaca Kritikal Cadangan

Reflection

Nyatakan salah satu teknik membaca secara kritikal.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Teknik Prosedur ReQuest direka untuk membantu pelajar membaca secara kritikal dengan?

Nyatakan satu kelebihan menggunakan Teknik Prosedur ReQuest.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson