TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
- Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
- Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
- Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
- Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
- Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
- Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
- Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
- Teknik Bertanya Kepada Penulis
- Teknik KWL
- Teknik Preview Teks
- Teknik Prosedur Request
- Teknik Hubungan Soal Jawab
- Teknik Pengajaran Eksplisit.
- Teknik Berfikir Bersuara
- Teknik Menerap Imej
- Teknik Dialog
- Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Pengajaran Eksplisit.
TEKNIK PENGAJARAN EKSPLISIT
- Merupakan satu kerangka yang digunakan bagi meningkatkan strategi kemahiran pemahaman bacaan yang boleh diaplikasikan bersama teknik bacaan lain tanpa bantuan daripada guru.
CIRI-CIRI TEKNIK PENGAJARAN EKSPLISIT
- Ciri- ciri teknik pengajaran eksplisit adalah seperti berikut:
- Relevan – Pelajar diberitahu tentang tujuan sesuatu strategi atau kemahiran yang dilaksanakan. Membincangkan tentang bagaimana, bila, di mana dan mengapa strategi atau kemahiran tersebut digunakan.
- Definisi – Pelajar dimaklumkan tentang kaedah mengaplikasikan kemahiran iaitu dengan melabel, mendefinisi, memodel dan menerangkan berkenaan dengan sesuatu strategi atau kemahiran. Sesuatu strategi dan kemahiran perlu dilabelkan dan dimodelkan cara perlaksanaannya oleh guru. Pelajar juga diberikan panduan tentang cara menggunakan startegi dan kemahiran tersebut.
- Latihan Berpandu – Bertujuan untuk memberikan penyediaan kepada pelajar bagi melaksanakan strategi atau kemahiran secara berseorangan. Ianya juga dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah untuk menguasai sesuatu strategi atau kemahiran.
- Latihan Kendiri – Pelajar akan melalui latihan yang sama secara berseorangan.
- Aplikasi – Pelajar diberikan pelbagai jenis situasi yang membolehkan mereka mengaplikasikan sesuatu strategi atau kemahiran dan juga membincangkan tentang pengaplikasian yang dilaksanakan.
PELAKSANAAN TEKNIK EKSPLISIT
- Membantu pelajar memahami bahan yang dibaca.
-
- Guru memperkenalkan isi kandungan bahan supaya pelajar mendapat pandangan awal tentang perkara yang ingin dipelajari.
- Guru boleh menggunakan teknik penerangan pada permulaan dengan menerangkan idea utama sebelum mengarahkan pelajar membuat tugasan/aktiviti.
- Guru perlu memastikan pelajar memahami idea utama yang akan dibincangkan.
- Guru mengarahkan pelajar melakukan tugas dan mencari isi-isi penting berkaitan tajuk diberi.
- Guru perlu membuat refleksi selepas menerangkan tentang segala yang berkaitan dengan tajuk pengajaran supaya pelajar dapat mengingat semula tentang apa yang telah diberitahu oleh guru pada awal PdP.
- Pelajar perlu menyenaraikan semula isi-isi penting yang telah diterangkan oleh guru.
- Guru boleh menyoal beberapa soalan bagi melihat tahap kefahaman pelajar.
- Membantu pelajar berfikiran secara kritikal.
-
- Guru perlu memberikan contoh dan pengenalan kepada idea utama terhadap bahan yang diberikan.
- Guru perlu memberitahu dan mengajak pelajar berbincang mengenai bagaimana, mengapa, bila dan di mana maklumat dalam bahan bacaan digunakan.
- Guru perlu menyediakan contoh-contoh yang relevan dan berkaitan dengan pengalaman supaya pelajar boleh memberikan contoh, mengetahui dan berfikir mengenai idea utama.
KELEBIHAN PENGAJARAN EKSPLISIT
- Menarik minat pelajar
- Guru yang menggunakan bahan pengajaran seperti video, grafik, rajah atau lain-lain bahan dalam pengajaran eksplisit ini dapat menarik minat pelajar dan membuatkan mereka berfikir secara kritikal.
- Membaca secara aktif
- Pelajar dapat menjadi seorang pembaca yang aktif melalui pengajaran secara eksplisit untuk mencari maklumat atau fakta-fakta berkaitan sesuatu perkara.
KELEMAHAN PENGAJARAN EKSPLISIT
- Guru perlu mempunyai kemahiran yang berkesan.
- Matlamat pemahaman bacaan dan berfikir secara kritikal tidak akan tercapai sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran dalam pengajaran eksplisit.
Rujukan
Modul Keterampilan Membaca
|
Tag
Membaca
Kritikal
Eksplisit
Reflection
Nyatakan salah satu teknik membaca secara kritikal.
This field is required
The text is too short
The text is too long
Yang manakah antara berikut merupakan kelemahan pengajaran eksplisit.
Nyatakan satu (1) kegunaan pengajaran eksplisit.
This field is required
The text is too short
The text is too long