TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
- Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
- Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
- Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
- Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
- Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
- Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
- Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
- Teknik Bertanya Kepada Penulis
- Teknik KWL
- Teknik Preview Teks
- Teknik Prosedur Request
- Teknik Hubungan Soal Jawab
- Teknik Pengajaran Eksplisit.
- Teknik Berfikir Bersuara
- Teknik Menerap Imej
- Teknik Dialog
- Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Bertanya Kepada Penulis.
TEKNIK BERTANYA KEPADA PENULIS
- Diperkenalkan oleh Beck and Mckeown (dalam Tierney and Readence, 2000).
- Teknik ini memberitahu bahawa pelajar tidak mengumpul maklumat yang dibaca daripada teks secara pasif.
- Pelajar akan berinteraksi secara aktif berdasarkan pengalaman yang berkaitan dengan teks yang dibaca.
- Pelajar akan memahami teks lebih mendalam dengan menyatukan pengetahuan sedia ada mereka mengenai bahasa dan makna perkataan, strukturs teks dan maklumat umum yang berkaitan dengan teks tersebut.
- Pelajar sekolah menengah yang mempunyai pencapaian cemerlang di sekolah merupakan kumpulan sasaran bagi teknik ini.
- Tiga kerangka penting yang perlu dilalui oleh pelajar agar dapat menghayati teks yang dibaca:
- Perbincangan secara kolaboratif
- Tanggapan strategi yang digunakan oleh pembaca yang lebih matang dalam menghayati sesuatu teks
- Mengemukakan cara yang lebih aktif bagi mencari makna perkataan di dalam teks
Perlaksanaan Prosedur Teknik Bertanya Kepada Penulis
Perancangan (guru)
- Mengenal pasti pemahaman utama dan masalah yang bakal berlaku ketika membaca teks
- Teknik ini dimulakan apabila guru membaca teks dengan teliti terlebih dahulu bagi mengenalpasti bahagian idea utama dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar semasa mencari idea utama tersebut.
- Segmentasi teks
- Setelah membaca teks, guru perlu membahagikan teks kepada beberapa segmen supaya perbincangan dapat dilakukan selepas pelajar selesai membaca mengikut segmen yang ditetapkan.
- Jumlah segmen bergantung kepada jumlah perbincangan yang dirancang.
- Membina pertanyaan
- Pertanyaan merupakan bahagian yang paling penting kerana ia menghubungkan teks dengan perbicangan yang dilakukan.
- Pertanyaan juga penting sebagai penunjuk arah kepada pelajar untuk mendapatkan makna teks yang dibaca.
- Antara soalan yang boleh ditanya ialah:
- Apakah yang dimaksudkan oleh penulis?
- Apakah gagasan yang cuba disampaikan oleh penulis?
- Apakah yang penulis bincangkan?
- Adakah penulis menyatakan makna perkataan dengan jelas?
Perbincangan
- Bertujuan untuk membantu pelajar membina pemahaman idea berdasarkan yang ditemui di dalam teks.
- Melibatkan kombinasi peranan pelajar dan peranan guru.
- Antara peranan pelajar:
- Pelajar berkolabrasi untuk membina makna yang ditemui di dalam teks yang dibaca.
- Melibatkan diri untuk berkongsi ketika pencarian makna agar penglibatan pelajar menjadi lebih aktif.
- Antara peranan guru:
- Guru haruslah berkolabrasi bersama pelajar dalam melakukan perbincangan yang dapat menengahkan sumbangan pelajar serta membantu mereka mencapai matlamat dalam membina kefahaman yang baik terhadap idea utama berdasarkan teks.
- Pertanyaan merupakan perkara penting yang boleh digunakan oleh guru ketika menggerakkan perbincangan. Terdapat enam langkah yang boleh digunakan dalam menggerakan perbincangan.
- Penandaan iaitu cara menarik perhatian kepada komen yang disignifikasikan oleh pelajar. Cara perlaksanaannya ialah dengan memprafrasa idea-idea yang dikemukakan oleh pelajar.
- Patah balik iaitu proses menarik perhatian pelajar untuk fokus ke teks bagi mendapatkan penjelasan terhadap idea. Perkara ini dapat membuatkan pelajar berasa bertanggungjawab untuk memikirkan idea.
- Menyuarakan iaitu memprafrasa semula idea pelajar yang bercelaru supaya ianya menjadi lebih jelas dan dapat membantu pelajar menjadi aktif ketika perbincangan dilakukan.
- Model iaitu mengukuhkan tanggapan bahawa hanyalah pemudah cara kepada pelajar untuk mencari idea. Guru juga perlu menunjukkan contoh-contoh hasil perbincangan pelajar yang terbaik sebagai model yang menunjukkan cara pembaca yang cemerlang dalam memahami teks.
- Menganotasi iaitu guru bertindak untuk memberi maklumat tambahan semasa perbincangan dilakukan bagi membantu pelajar memahami makna teks yang dibaca.
- Menyatakan semula iaitu guru merumus idea utama yang diperolehi pelajar. Guru perlu membantu pelajar untuk membuat rumusan seterusnya.
Perlaksanaan
- Bagi menjalankan teknik bertanya kepada penulis ini, kelas perlu disusun mengikut rekabentuk ladam kuda supaya ianya dapat membolehkan pelajar berhubung antara satu sama lain.
- Pelajar haruslah diberi penerangan bahawa setiap teks yang dibaca tidak sempurna kerana ianya ditulis oleh manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
- Bahagian teks yang sukar difahami berkemungkinan disebabkan kelemahan penulis.
- Pelajar yang menyedari keadaan ini akan berasa selesa untuk meneruskan pembacaan mereka dengan baik apabila mereka berhadapan dengan bahagian yang sukar difahami.
- Guru juga boleh mengarahkan pelajar untuk menggunakan teknik berfikir bersuara bagi mendalami teks yang dibaca.
Rujukan
Modul Keterampilan Membaca
|
Tag
Membaca
Penerangan
Reflection
Nyatakan salah satu (1) teknik membaca secara kritikal.
This field is required
The text is too short
The text is too long
Memprafrasa semula idea pelajar yang bercelaru merupakan langkah
Namakan salah satu (1) langkah yang boleh digunakan dalam menggerakkan perbincangan.
This field is required
The text is too short
The text is too long