TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
- Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
- Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
- Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
- Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
- Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
- Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
- Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
- Teknik Bertanya Kepada Penulis
- Teknik KWL
- Teknik Preview Teks
- Teknik Prosedur Request
- Teknik Hubungan Soal Jawab
- Teknik Pengajaran Eksplisit.
- Teknik Berfikir Bersuara
- Teknik Menerap Imej
- Teknik Dialog
- Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Berfikir Bersuara.
TEKNIK BERFIKIR BERSUARA
- Merupakan teknik membaca secara kritikal yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar membaca teks serta mewujudkan kemahiran berfikir dengan lebih kritikal oleh para pelajar.
- Teknik ini juga dikenali sebagai ‘Think-Aloud’ di dalam Bahasa Inggeris, dimana ianya melibatkan pelajar untuk membincangkan perkara yang berada di fikiran mereka ketika sedang membaca teks. Hal ini dapat memberitahu strategi yang digunakan oleh pelajar ketika mereka membaca.
- Teknik ini direka oleh Wade dalam Gunning (1998) supaya guru dapat menilai kebolehan pelajar untuk meramal, membaca secara fleksible dan menghubungkaitkan maklumat yang didapati di dalam teks dengan maklumat sedia ada mereka.
- Dilaksanakan secara tidak formal dimana guru boleh bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan sebahagian kecil daripada teks kepada pelajar ketika sesi perbincangan berlangsung. Antara contoh soalan yang diadaptasi daripada Gunning (1996) yang boleh ditujukan kepada pelajar ialah:
- Apakah idea utama yang ditekankan di dalam teks yang dibaca?
- Bagaimanakah anda mengenalpasti idea utama tersebut?
- Apakah yang difikirkan oleh anda ketika membaca sebahagian daripada teks?
- Apakah perkara yang anda jangkakan akan berlaku di bahagian berikutnya? Mengapakah anda berfikir sedemikian?
- Teknik ini juga dilaksanakan secara formal dengan mengarahkan pelajar untuk membaca teks mengikut kepanjangan yang ditetapkan iaitu di antara seratus hingga dua ratus patah perkataan.
- Guru perlu melakukan persediaan dengan menandakan bahagian-bahagian yang bakal menjadi persoalan kepada pelajar untuk membincangkan perkara yang berada di minda mereka.
- Guru juga digalakkan untuk bertanyakan soalan yang mampu mendedahkan proses minda pelajar apabila mereka membaca iaitu seperti berikut:
- Apakah perkara yang dibincangkan di dalam teks?
- Mengapakah anda berfikir sedemikian?
- Apakah perkara yang berada di minda anda ketika membaca bahagian teks ini?
- Apakah yang anda sedang fikirkan?
- Adakah anda merasa sukar untuk membaca teks ini dimana-mana bahagian?
- Apakah yang anda lakukan jika berhadapan dengan situasi sukar tersebut?
- Adakah terdapat perkataan yang anda tidak difahami?
- Apakah yang anda lakukan jika berhadapan dengan perkataan yang anda tidak fahami?
- Jelaskan perkara yang dibincangkan di dalam teks dengan menggunakan perkataan sendiri.
Kelebihan Teknik Berfikir Suara
- Meningkatkan daya pemikiran yang lebih kritikal dalam kalangan pelajar menerusi keupayaan mereka meramal teks yang dibaca serta ketika menghubungkaitkan maklumat di dalam teks dengan pengetahuan sedia ada mereka.
- Meningkatkan keupayaan membaca secara fleksible dalam kalangan pelajar.
- Memberikan kesedaran kepada pelajar berkaitan dengan kemampuan membaca menerusi keupayaan ketika membincangkan perkara yang berada di dalam fikiran mereka.
Rujukan
Modul Keterampilan Membaca
|
Tag
Membaca
Kritikal
Sebelum
Selepas
Reflection
Nyatakan satu (1) teknik membaca secara kritikal selain teknik berfikir bersuara.
This field is required
The text is too short
The text is too long
Yang manakah antara berikut bukan kelebihan teknik berfikir bersuara?
Nyatakan perkara yang anda lakukan selepas membaca?
This field is required
The text is too short
The text is too long