Teknik Membaca Lantang: Teater Membaca

Share this post

TEKNIK MEMBACA LANTANG (READ ALOUD)

 

  1. Bacaan Lantang

 

  • Membaca secara lantang merupakan satu cara berkomunikasi.
  • Bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi aktiviti untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.
  • Juga merupakan cara menyampaikan maklumat atau hiburan kepada pendengar.
  • Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru.
  • Sesuai dijalankan kepada murid-murid yang belum boleh membaca
  • Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham.

 

 

  1. Waktu Bacaan Lantang

 

  • Permulaan kelas atau di akhir pengajaran dan pembelajaran (PdP) selama 5 hingga 10 minit.
  • Selingan kepada aktiviti atau PdP lain.
  • Sebagai aktiviti tambahan dan sampingan

 

 

  1. Kelebihan Membaca Lantang

 

  • Memberikan pendedahan awal kepada murid-murid.
  • Meningkatkan perbendaharaan kata dan asas kosa kata.
  • Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
  • Meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap pengajaran literasi.

 

 

  1. Strategi Melaksanakan Membaca Lantang

 

Terdapat empat strategi dalam melaksanakan membaca secara lantang ini iaitu:

    • Ulang dan membaca serentak
    • Membaca radio
    • Membaca gema
    • Teater membaca

 

Dalam artikel ini, tumpuan utama diberikan kepada teknik membaca secara lantang melalui strategi Teater Membaca.

 

 

STRATEGI TEATER MEMBACA

 

  • Teknik ini menyediakan sistem mudah apabila seorang guru yang mempunyai sedikit latihan untuk membantu muridnya yang lemah dalam membaca.
  • Asal teknik ini adalah mengambil kira bakat yang ada dalam kalangan ibu bapa yang dapat membantu anak-anak mereka yang lemah dalam pembacaan.
  • Teknik ini tidak terhad kepada lingkungan umur kanak-kanak sahaja, malah telah diperluaskan kepada peringkat dewasa.
  • Teknik ini terdiri daripada seorang pembaca yang fasih dan lancar dalam membaca dalam membantu mereka yang kurang fasih.
  • Pembaca mahir akan membaca terlebih dahulu dan kemudian diikuti oleh pembaca yang kurang mahir.
  • Sekiranya terdapat kesilapan, pembaca mahir akan memperbetulkan bacaan tersebut.
  • Mengenegahkan suatu proses yang interakif iaitu kanak-kanak melibatka. diri secara aktif dalam memberi tindak balas dan menafsir sesuatu karya.

 

 

Prosedur Teater Membaca

 

  • Murid memilih bahan bacaan yang dipersetujui oleh guru.
  • Perbincangan antara guru dan murid berkaitan bahan yang dipilih.
  • Guru dan murid membaca bahan bersama-sama.
  • Baiki pembacaan murid dan beri pujian.
  • Murid membaca secara bersendirian dan pujian diberikan.
  • Murid membaca secara bersendirian dan pembetulan diberikan dalam selang masa yang lebih lama dan akhirnya membiarkan murid membetulkan pembacaan mereka sendiri.

 

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

Aktiviti MEMBACA LANTANG Dapat Meningkatkan Motivasi Kanak-Kanak Untuk Menguasai Kemahiran Membaca

 

Tag Membaca Teater

Reflection

Mengapakah anda menggunakan teknik membaca lantang terhadap murid anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut bukan prosedur strategi teater membaca?

Siapakah yang sesuai menggunakan teknik membaca secara lantang?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson