Teknik dan Konsep Bahasa Melayu: Teknik Sosiodrama

Teknik dan Konsep Bahasa Melayu: Teknik Sosiodrama

Share this post

1. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

 

  • Teknik mengajar diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti PdP.

 

 

2. Tujuan Teknik PdP

 

Teknik pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk:

  • Menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
  • Mengekalkan perhatian dan fokus di dalam kelas
  • Membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar

 

 

3. Teknik-Teknik PdP

 

Antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan, termasuklah:

  • Latih tubi
  • Sosiodrama
  • Soal jawab
  • Bercerita
  • Main peranan
  • Permainan bahasa
  • Perbahasan
  • Kuiz
  • Simulasi
  • Dialog
  • Perbincangan

 

 

4. Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa

 

Berikut merupakan teknik-teknik yang boleh dilakukan ketika pengajaran bahasa:

  • Teknik Permainan Bahasa
  • Teknik Bercerita
  • Teknik Perbincangan
  • Teknik Sosiodrama

 

 

  • Dalam artikel ini, tumpuan diberikan kepada teknik sosiodrama yang merupakan antara teknik-teknik pengajaran bahasa.

 

TEKNIK SOSIODRAMA

 

1. Aktiviti Sosiodrama

 

  • Satu aktiviti lakonan berdasarkan satu cerita untuk menggambarkan sesuatu situasi.
  • Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah.
  • Terdapat dua jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu sosiodrama dan main peranan.

 

 

2. Prinsip-Prinsip Sosiodrama

 

  • Pastikan situasi yang diwujudkan adalah berkaitan dengan pengalaman pelajar.
  • Pilih pelajar yang fasih dan lantang percakapannya.
  • Pelajar hendaklah memahami peranannya dengan jelas.
  • Pelajar boleh diberi masa untuk membuat penyediaan.
  • Menarik perhatian pelajar-pelajar lain tentang aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian.
  • Pastikan keadaan emosi sosiodrama dapat dikawal.
  • Adakan perbincangan dan rumusan di peringkat akhir.

 

 

3. Tujuan Sosiodrama

 

  • Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap situasi tertentu.
  • Menimbulkan kesedaran tentang mengapa sesuatu perbuatan dianggap salah.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melakonkan watak.
  • Membantu pelajar berkomunikasi dengan lebih berkesan.

 

 

4. Kebaikan Sosiodrama

 

  • Pelajar dapat menyatakan sikap dan perasaan mereka.
  • Kesedaran menggalakkan daya cipta
  • Memberi peluang kepada pelajar merasa dan mengalami sesuatu situasi.
  • Memperkembangkan kemahiran sosial pelajar.
  • Pelajar dapat menyusun idea dan bertindak balas secara spontan semasa menghadapi sesuatu situasi.

 

 

5. Kelemahan Sosiodrama

 

  • Memakan masa
  • Pelajar terlalu menekankan prestasi dalam sosiodrama, bukan pada pencapaian objektif pelajaran.
  • Pelajar yang mempunyai bakat memonopoli sosiodrama.
  • Kurang berfaedah bagi mereka yang kurang kemahiran, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah pertuturan.
  • Hanya berfaedah bagi mereka yang mengambil bahagian sahaja.

 

 

6. Contoh Teknik Sosiodrama

 

 

Rujukan:

 

 

Tag Teknik Konsep Sosiodrama

Reflection

Nyatakan satu (1) teknik pengajaran bahasa yang anda tahu.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Antara berikut, yang manakah kelebihan teknik sosiodrama?

Nyatakan satu (1) tujuan sosiodrama.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson