1. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Teknik mengajar diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti PdP.
2. Tujuan Teknik PdP
Teknik pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk:
- Menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
- Mengekalkan perhatian dan fokus di dalam kelas
- Membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar
3. Teknik-Teknik PdP
Antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan, termasuklah:
- Latih tubi
- Sosiodrama
- Soal jawab
- Bercerita
- Main peranan
- Permainan bahasa
- Perbahasan
- Kuiz
- Simulasi
- Dialog
- Perbincangan
4. Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa
Berikut merupakan teknik-teknik yang boleh dilakukan ketika pengajaran bahasa:
- Teknik Permainan Bahasa
- Teknik Bercerita
- Teknik Perbincangan
- Teknik Sosiodrama
PERMAINAN BAHASA
1. Teknik Permainan Bahasa
- Kebanyakan aktiviti melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Mengikut arahan bagi permainan yang diberikan, dan bermain untuk meningkatkan tahap bahasa yang dipelajari.
2. Objektif Permainan Bahasa
- Meransang interaksi verbal pelajar
- Pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pendapat dan pandangan dalam permainan bahasa, Pelajar juga akan diminta untuk memberikan alasan perkara berkaitan.
- Menambahkan keyakinan dan kefasihan
- Permainan bahasa merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri dan kefasihan dalam bahasa.
- Menyediakan konteks pembelajaran
- Permainan bahasa memberikan kesan yang positif antara mereka yang terlibat, termasuklah pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru.
- Alat mengelakkan rasa bosan
- Pelajar akan cepat berasa bosan, mengantuk dan lapar apabila PdP dilakukan, lebih-lebih lagi ketika tengah hari. Permainan bahasa akan mengelakkan kejadian sebegini berlaku dan membuatkan pelajar lupa terhadap rasa bosan tersebut.
- Alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
- Permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Pelajar yang lemah dalam masalah pengamatan dan pendengaran boleh mengatasinya dengan permainan bahasa.
3. Kepentingan Permainan Bahasa
- Bermain untuk Perkembangan Fizikal
- Pelajar berasa seronok sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka.
- Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi
- Bermain adalah penceturs kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak
- Bermain untuk Perkembangan Kognitif
- Mencetus idea baru, mempelajari lebih banyak kemahiran dalam satu pengajaran serta meningkatkan tahap perkembangan mental dan intelek pelajar.
4. Prinsip-Prinsip Permainan Bahasa
- Ada kaitan dengan objek pembelajaran.
- Sesuai dengan umur dan kebolehan.
- Arahan permainan jelas.
- Maklum balas sesuatu perkara perlu diberi serta merta.
- Tempoh permainan hendaklah relevan
- Menekankan nilai murni.
5. Kelebihan Permainan Bahasa
Melalui permainan bahasa, pelajar akan dapat:
- Mencungkil dan mengasah bakat serta kreativiti ketika melaksanakan aktiviti.
- Memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan.
- Berkomunikasi dengan baik dan berkesan dengan pelajar lain.
- Berfikir secara kritis dan kreatif.
- Bertanggungjawab serta berdedikasi dalam melaksankan tugas yang diberikan.
- Meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
- Membentuk disiplin untuk membuat kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Mendapat peluang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
6. Kelemahan Teknik Permainan Bahasa
- Membosankan
- Suasana tegang boleh terjadi
- Memerlukan wang untuk alat-alatan permainan
7. Contoh Permainan Bahasa
Rujukan
|