Teknik dan Konsep Bahasa Melayu: Teknik Perbincangan

Teknik dan Konsep Bahasa Melayu: Teknik Perbincangan

1. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

 

  • Teknik mengajar diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti PdP.

 

 

2. Tujuan Teknik PdP

 

Teknik pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk:

  • Menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
  • Mengekalkan perhatian dan fokus di dalam kelas
  • Membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar

 

 

3. Teknik-Teknik PdP

 

Antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan, termasuklah:

  • Latih tubi
  • Sosiodrama
  • Soal jawab
  • Bercerita
  • Main peranan
  • Permainan bahasa
  • Perbahasan
  • Kuiz
  • Simulasi
  • Dialog
  • Perbincangan

 

 

4. Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa

 

Berikut merupakan teknik-teknik yang boleh dilakukan ketika pengajaran bahasa:

  • Teknik Permainan Bahasa
  • Teknik Bercerita
  • Teknik Perbincangan
  • Teknik Sosiodrama

 

 

  • Dalam artikel ini, tumpuan diberikan kepada teknik perbincangan yang merupakan antara teknik-teknik pengajaran bahasa.

 

TEKNIK PERBINCANGAN

 

1. Perbincangan

 

  • Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk bertujuan untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1900:85)

 

 

2. Tujuan Perbincangan

 

  • Menggalakkan perkembangan mental pelajar
  • Memupuk pemikiran kritis dan berkongsi pendapat
  • Membentuk semangat kerjasama
  • Memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap

 

 

3. Prinsip Perbincangan

 

  • Terntukan tajuk yang sesuai dengan minat, kebolehan serta pengalaman pelajar
  • Guru membimbing pelajar tentang cara perbincangan
  • Guru membuat ulasan di akhir perbincangan
  • Berikan pujian kepada pelajar

 

 

4. Pelaksanaan Sesi Perbincangan

 

  • Sebelum Perbincangan
    • Guru memberi penjelasan tentang tugasan yang diberikan.
    • Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.
    • Guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli kumpulan.

 

  • Semasa Perbincangan
    • Guru meminta pelajar mencatatkan idea yang disarankan dari semasa ke semasa.

 

  • Selepas Perbincangan
    • Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.
    • Guru menggalakkan setiap ahli kumpulan mengambil bahagian.
    • Guru membetulkan kesalahan bahasa agar panduan bahasa sentiasa dipatuhi.
    • Guru menamatkan sesi perbincangan setelah semua bahan mencukupi.
    • Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.
    • Guru mengulas tentang kekuatan dan kelemahan murid dalam perbincangan.

 

 

5. Peraturan Semasa Mengadakan Perbincangan

 

  • Memulakan perbincangan – Guru perlu menyediakan arahan dan struktur yang jelas supaya tumpuan pelajar lebih fokus.
    • Guru meminta pelajar mencari maklumat atau kata kunci di internet.

 

  • Melibatkan pelajar dalam perbincangan
    • Meminta pelajar untuk menyenaraikan definisi dan konsep.
    • Memberi bantuan seperti maklumat tambahan.
    • Meminta pelajar menggunakan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri.
    • Meminta pelajar untuk membuat keputusan, menilai dan mentaksir bahan yang dikemukakan.

 

  • Menggalakkan pelajar berfikir sewaktu perbincangan
    • Memberi pelajar 10 saar untuk berfikir.
    • Mengajukan soalan untuk mengetahui perbezaan pendapat antara dua orang pelajar.
    • Menggalakkan pelajar untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan komen yang diberikan dan menyatakan sebabnya.

 

  • Memastikan perbincangan berjalan dengan lancar.
    • Memastikan isu atau topik itu relevan dengan keadaan pelajar.
    • Memastikan strategi dirancang dengan baik.
    • Membuat kesimpulan dan rumusan di akhir perbincangan.

 

 

6. Kelebihan Teknik Perbincangan

 

  • Melatih pelajar untuk bercakap dalam keadaan formal.
  • Melatih pelajar menggunakan bahasa yang betul dan membuang rasa malu untuk bercakap di hadapan orang ramai.
  • Pelajar dapat mengemukakan isu-isu pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu perkara atau topik.
  • Pelajar dapat meransang perkembangan minda dengan soalan-soalan yang ditanya oleh guru.
  • Pelajar dapay memberi reaksi atau tindak balas terhadap sesuatu perkara ketika dalam perbincangan.

 

 

7. Kelemahan Teknik Perbincangan

 

  • Menyumbang kepada situasi kelas yang bising.
  • Pelajar berkemungkinan terpesong daripada tugasan yang diberikan.
  • Kesukaran melaksanakan tuagsan secara bekerjasama dalam kalangan pelajar.
  • Masa yang tidak mencukupi untuk suatu tempoh pengajaran dan pembelajaran.

 

 

8. Contoh Gambar Teknik Perbincangan

 

 

Rujukan

 

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson