Teknik dan Konsep Bahasa Melayu: Teknik Bercerita

Teknik dan Konsep Bahasa Melayu: Teknik Bercerita

1. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

 

  • Teknik mengajar diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti PdP.

 

 

2. Tujuan Teknik PdP

 

Teknik pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk:

  • Menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
  • Mengekalkan perhatian dan fokus di dalam kelas
  • Membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar

 

 

3. Teknik-Teknik PdP

 

Antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan, termasuklah:

  • Latih tubi
  • Sosiodrama
  • Soal jawab
  • Bercerita
  • Main peranan
  • Permainan bahasa
  • Perbahasan
  • Kuiz
  • Simulasi
  • Dialog
  • Perbincangan

 

 

4. Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa

 

Berikut merupakan teknik-teknik yang boleh dilakukan ketika pengajaran bahasa:

  • Teknik Permainan Bahasa
  • Teknik Bercerita
  • Teknik Perbincangan
  • Teknik Sosiodrama

 

 

  • Dalam artikel ini, tumpuan diberikan kepada teknik bercerita yang merupakan antara teknik-teknik pengajaran bahasa.

 

TEKNIK BERCERITA

 

1. Definisi Cerita dan Bercerita

 

  • Cerita: Menurut Kamus Dewan, cerita ialah jalinan dan susunan mengenai kejadian atau hal-hal yang berlaku sama ada betul-betul berlaku atau yang diada-adakan.
  • Bercerita: Merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa.

 

 

2. Tujuan Bercerita

 

  • Memotivasikan serta menimbulkan minat pelajar untuk belajar.
  • Melatih pelajar kemahiran mendengar.
  • Memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
  • Memperkaya pengalaman pelajar melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.
  • Menambahkan bahan-bahan untuk menulis karangan.

 

 

3. Prinsip-Prinsip Panduan Bercerita

 

  • Pilih cerita yang sesuai dengan minat, pengalaman, kebolehan dan umur pelajar.
  • Kaji cerita dan pastikan ia berkaian dengan topik dan objek pengajaran.
  • Sebelum bercerita guru perlu menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita.
  • Alat bantu mengajar disediakan sebelum sesi bercerita.
  • Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.
  • Pandang terus ke muka pelajar secara bergilir-gilir semasa bercerita.
  • Adakan soal jawab untuk menghilangkan kebosanan pelajar.
  • Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami pelajar.
  • Aktiviti susulan diadakan selepas bercerita.

 

 

4. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

 

  • Sebelum Bercerita
    • Pilih cerita yang sesuai dengan topik pelajaran.
    • Guru perlu menguasai bahagian-bahagian pening cerita secara berulang-ulang.
    • Sedia alat bantu mengajar.
    • Susun tempat duduk pelajar.

 

  • Semasa Bercerita
    • Gunakan set induksi yang menarik ketika memulakan cerita
    • Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana peristiwa dapat dirasakan.
    • Pastikan setiap pelajar memberikan perhatian.
    • Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan.

 

  • Selepas Bercerita
    • Uji kefahaman pelajar secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan.
    • Adakan perbincangan.

 

 

5. Cara Penyampaian Cerita

 

  • Menggunakan Boneka
    • Guru sebagai pencerita, pada masa yang sama akan menggerakkan boneka untuk mewakili watak-watak dalam cerita.
    • Guru menggerakkan boneka manakala cerita disampaikan melalui rakaman.

 

  • Tanpa Menggunakan Boneka
    • Menggunakan alat bantu mengajar
    • Mengemukakan cerita dengan cara permulaan yang menarik.

 

  • Bercerita Terus Dari Buku
    • Menggunakan buku yang mengandungi cerita-cerita dengan gambar berwarna-warni dan besar.
    • Duduk dekat dengan pelajar sambil memegang buku dan bercerita.

 

 

6. Kelebihan Teknik Bercerita

 

  • Memperkenalkan panduan dan pedoman hidup.
  • Memperkenalkan kosa kata baru.
  • Menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan.
  • Meningkatkan tumpuan pelajar dalam waktu terhad
  • Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran.
  • Meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur.
  • Mengenali keunikan individu
  • Guru mudah menguasai kelas.

 

 

7. Kelemahan Teknik Bercerita

 

  • Kemahiran menulis kurang dititikberatkan.
  • Pelajar cenderung menghafal intipati cerita daripada memahaminya.
  • Kelas berada di bawah kawalan guru sepenuhnya.
  • Penyampaian objektif pelajaran kurang jelas.

 

 

8. Contoh Gambar Teknik Bercerita

 

 

Rujukan

 

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson