Teknik Chain Line

Teknik Chain Line

Share this post

 

TEKNIK CHAIN LINE (RANGKAIAN)

 

  • Merupakan satu teknik yang dirancang oleh guru.
  • Satu aktiviti yang dilaksanakan oleh murid.
  • Memerlukan murid yang berada di dalam kumpulan untuk membuat rantai kertas.
  • Setiap kertas ditulis idea atau maklumat berkaitan dengan topik yang diberi.
  • Murid akan belajar untuk bekerjasama untuk menghasilkan satu produk pembelajaran secara bersama-sama.
  • Juga dikenali sebagai ‘Rotating Review’ dan ‘Chain Linel Brainstorming’. Rotating Review merupakan satu pembelajaran berpusatkan murid, manakala Chain Linel Brainstorming memerlukan murid untuk duduk berbinacang bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.
  • Setiap idea yang dikemukakan akan dibincangkan dan dibahaskan untuk mengesan kerelevanan idea yang diberi.
  • Teknik ini mengajar murid untuk menghargai idea yang diberikan oleh diri sendiri.

 

 

CIRI-CIRI PENGAJARAN CHAIN LINE

 

Ciri-ciri Chain Line mengikut pendapat beberapa tokoh:

 

  • Dugan, 2004

Murid perlu menguasai kemahiran sesuatu kemahiran ataupun menguasai sesuatu isi pembelajaran.

 

Guru perlu memastikan bahawa murid telah menguasai sesuatu kemahiran atau sesuatu isi pembelajaran untuk menggunakan teknik pengajaran ini. Kemahiran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP) membawa maksud bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Isi pembelajaran pula diambil daripada pemerolehan aspek-aspek bahasa dalam kelas sebelumnya.

 

 

  • Wormeli, 2015

Mempunyai tetapan masa.

 

Tetapan masa yang diberikan kepada murid di dalam teknik ini adalah sangat penting. Tetapan masa yang diberikan ini merupakan strategi guru untuk mengawal kelas selain daripada meningkatkan cabaran murid berfikiran kritis dan kreatif.

 

 

  • Wray, Fox, Medwell dan Poulson, 2002

Mempunyai tugasan ataupun soalan.

 

Teknik ini secara tidak langsung membantu guru untuk menilai kefahaman murid tentang pelajaran sebelumnya. Murid akan dilatih untuk berfikiran kritis dan kreatif dengan memberikan idea kepada kumpulan mereka bagi menyelesaikan tugasan dan soalan yang diberikan oleh guru.

 

 

  • White dan Braddy, 2017

Murid menyimpan draf hasil kerja.

 

Setiap draf hasil kerja murid akan disimpan oleh mereka sendiri melalui penggunaan teknik ini. Ianya bertujuan untuk menerapkan elemen penghargaan ke atas diri sendiri serta kumpulan dan penghargaan ke atas draf hasil kerja yang telah dihasilkan. Guru perlu menyediakan atau membenarkan murid untuk menunjukkan daya kreativiti mereka dengan menggunakan kertas warna, pen warna-warni dan sebagainya.

 

 

  • Eastwood, Dixon, Omondroyd dan Williamson, 2009

Penglibatan murid secara aktif.

 

Murid akan terlibat secara aktif dalam aktiviti dengan peranan guru yang minimum, iaitu sebagai pembimbing. Bimbingan guru masuk diperlukan untuk memastikan hasil kerja tidak terpesong daripada arahan tugasan atau soalan. Penglibatan murid secara aktif juga dapat dilihat melalui kebertanggungjawaban murid terhadap idea yang disumbangkan oleh mereka untuk menyelesaikan tugasan dan menjawab soalan.

 

 

TUJUAN TEKNIK CHAIN LINE

 

  • Meningkatkan semangat bekerjasama dan tanggungjawab murid.
  • Menjana pemikiran kritis dan kreatif murid.
  • Pembelajaran lebih menyeronokkan.

 

 

FOKUS KEMAHIRAN

 

Fokus kemahiran di dalam teknik adalah kemahiran menulis, mendengar dan bertutur.

 

1. Kemahiran Menulis

 

  • Terdapat beberapa aspek menulis, iaitu dengan menggunakan pelbagai ayat, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan yang kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan tentang apa yang didengar, ditonton atau dibaca.
  • Beberapa aspek seperti penggunaan ayat yang gramatis, tatabahasa, ejaan, tanda baca dan mempunyai tulisan yang kemas dan boleh dibaca.
  • Kemahiran ini merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan penulisan berdasarkan pengetahuan atau pengalaman peribadi mereka sendiri.
  • Kemahiran ini bertujuan untuk menanam minat dalam diri murid supaya dapat menghasilkan hasil kerja yang baik.

 

2. Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

 

  • Merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, mengalami dan menghayati secara lisan perkara dalam pelbagai situasi serti dengan memberikan resons.
  • Proses penguasaan bahasa ini diutamakan dalam pengajaran bahasa.
  • Lisan adalah percakapan atau pertuturan kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.
  • Tujuan mempelajari lisan bukan sahaja untuk mempelajarinya tetapi untuk mendapatkan tahap kompetensi dalam komunikasi.

 

 

LANGKAH PELAKSANAAN TEKNIK

 

  • Guru memberikan topik, contohnya kejiranan.
  • Guru menerangkan maksud kejiranan.
  • Guru meminta beberapa murid untuk menceritakan pengalaman hidup berjiran.
  • Guru memberikan 7 kertas warna yang berbeza pada setiap murid.
  • Murid bergeak bagi membina kumpulan berdasarkan warna tersebut.
  • Guru meminta setiap kumpulan membina rangka karangan berdasarkan topik yang diberi.
  • Rangka karangan mestilah dihasilkan dalam bentuk peta buih.
  • Guru meminta murid menyusun isi karangan di atas meja dan mengantungnya pada tali yang diberi.
  • Setiap kumpulan membentangkan hasil isi mereka.
  • Ahli kumpulan mencatat isi-isi kumpulan yang lain.

 

Rujukan

Kaedah Mengarang Mengunakan Teknik Rekrusif, Pendahuluan Sejarah Dan Teknik Pembelajaran Chain Line

 

Tag Teknik Kemahiran

Reflection

Teknik apakah yang anda gunakan untuk mengajar anak murid anda untuk mengarang penulisan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut bukan fokus kemahiran

Nama dua (2) fokus kemahiran.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson