Teknik Bercerita untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa
|
PENGENALAN Bercerita ialah satu aktiviti baru kerana ibu bapa suka bercerita dengan anak-anak mereka di waktu senggang atau sebelum tidur. Aktiviti bercerita amat diminati oleh kanak-kanak sama ada yang telah bersekolah mahupun belum bersekolah. Memandangkan aktiviti bercerita adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, maka sewajarnyalah aktiviti ini dipilih, diguna pakai dan dilaksanakan dalam PdP Bahasa. Penggunaan teknik bercerita dalam PdP Bahasa bertujuan supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isi pelajaran yang disampaikan sekiranya isi pelajaran tersebut menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka. Selain itu, sekiranya cerita yang disampaikan menarik, maka murid akan berminat untuk menceritakannya semula kepada guru mereka. Teknik bercerita boleh dilakukan melalui lisan, menayangkan video, mendengar pita rakaman atau bercerita sambil menggunakan boneka. MENGAPA PERLU TEKNIK BERCERITA? Teknk bercerita amat penting dilaksanakan dalam proses PdP Bahasa khususnya untuk murid sekolah rendah. Lazimnya, teknik bercerita memfokuskan kepada isi cerita yang hendak disampaikan. Oleh itu, guru perlu menyoal murid tentang pemahaman mereka terhadap cerita yang telah mereka dengar. Murid digalakkan memberi pendapat dan membuat tafsiran sendiri terhadap cerita yang telah mereka dengar. Terdapat beberapa tujuan mengapa bercerita perlu dilaksanakan dalam PdP Bahasa. Antaranya ialah:
LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN TEKNIK BERCERITA Terdapat tiga peringkat untuk melaksanakan teknik bercerita dalam PdP Bahasa. Langkah-langkah tersebut ialah: 1. Perancangan dan Persediaan Guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan topik yang hendak diajar. Guru perlu menguasai bahagian-bahagian penting secara berulang-ulang. Dengan ini, guru hendaklah menghafaz dan mencerita secara tersendiri, sekurang-kurangnya sekali dan guru perlu menyediakan bahan bantu seperti gambar untuk menyokong cerita yang disampaikan. Selain itu, susun atur kedudukan murid juga penting sebelum sesi bercerita dimulakan. Seelok-eloknya murid dikumpulkan dan duduk di hadapan kelas menghadap guru agar murid memberi fokus kepada penyampaian cerita guru. 2. Sesi Bercerita Guru hendaklah bersoal jawab dengan murid berkaitan cerita yang hendak disampaikan sebelum memulakan sesi bercerita (Set Induksi). Guru perlu menggunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana cerita dapat dirasakan. Guru perlu memastikan setiap murid memberi perhatian terhadap cerita yang disampaikan. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita yang disampaikan. 3. Penutup Guru mengakhiri proses PdP Bahasa dengan membuat penutupan sosial dan kognitif seperti memperkukuhkan nilai-nilai murni yang didapati dalam cerita yang telah disampaikan. Guru melaksanakan perbincangan bersama murid sebelum mengakhiri PdP tersebut bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. CARA PENYAMPAIAN TEKNIK BERCERITA Terdapat tiga cara penyampaian teknik bercerita dalam proses PdP Bahasa. Guru bahasa hendaklah merancang dan memilih cara-cara penyampaian yang disenaraikan berikut mengikut kesesuaian untuk digunakan semasa bercerita. Antara cara-caranya ialah dengan:
KESIMPULAN Secara amnya, teknik bercerita memberi implikasi yang baik dalam PdP guru. Guru dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran yang disampaikan. Semua murid akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam sesi bercerita dan keadaan kelas akan berada secara terkawal. Justeru, teknik bercerita boleh diguna pakai oleh semua jenis mata pelajaran bahasa. Disklaimer: Hasil penulisan ini ialah berbentuk umum dan sekadar perkongsian serta bacaan.
Rujukan: Teknik bercerita slideshare.net
|
Start your first discussion