Akronim & Teknik: Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim

Akronim & Teknik: Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim

Share this post

Dalam tajuk pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim ini, guru bolehlah menayangkan video dan menunjukkan gambar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, guru bolehlah cadangkan kata kunci yang ringkas/singkat dan menggunakan akronim untuk memudahkan proses hafalan terhadap maklumat yang ada.

 

Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca Dan Iklim

 

1.   Pergerakan Bumi 

 
  • Kata kunci yang boleh digunakan dalam pergerakan bumi ini adalah putaran dan peredaran.
 
  • Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara iaitu putaran bumi dan peredaran bumi
  • Bumi berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk elips
 

Orbit – Laluan yang diikuti oleh sesuatu planet dan satelit dalam pergerakan mengelilingi matahari

 

i.   Putaran Bumi

  • Dalam putaran bumi, guru boleh mencadangkan kata kunci seperti condong 23½°, barat ke timur, dan 24 jam.

 

Bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan sudut 23½° pada satah tegak

  • Putaran bumi adalah dari arah barat ke arah timur atau mengikut arah lawan pusingan jam
  • Satu putaran yang lengkap mengambil masa 24 jam atau dikira sebagai satu hari
 

Kesan putaran bumi

 
  • Terdapat 4 kesan putaran bumi. Guru bolehlah menggunakan akronim SM-WT-AL-PS
 
  • SM (SIANG MALAM) - Kejadian siang dan malam.
 
  • WT (WAKTU TEMPATAN) - Perbezaan waktu tempatan
    • Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran
    • Setiap jam, bumi akan berputar sebanyak 15º longitud iaitu sebanyak 4 minit bagi setiap 1º longitud.
 
  • AL (ANGIN LAZIM) - Pembiasan angin lazim
    • Daya koriolis – putaran bumi dari barat ke timur menghasilkan daya graviti bumi yang menyebabkan pemesongan arah tiupan angin lazim dunia
    • Hemisfera utara – tarikan graviti menyebabkan pergerakan angin terbias ke arah kanan daripada arah tiupannya
    • Hemisfera selatan – tiupan angin adalah terbias ke arah kiri
    • Graviti – daya tarikan yang menggerakkan jasad ke arah pusat bulan atau bumi
 
  • PS (PASANG SURUT) - Kejadian pasang surut
 

ii.   Peredaran Bumi

 
  • Dalam peredaran bumi, guru bolehlah menggunakan kata kunci seperti lawan jam dan 365¼ hari.
 
  • Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam
  • 1 peredaran lengkap mengambil masa selama 365¼ hari atau 1 tahun.
 
  • Menggunakan kata kunci:
    • Perihelion – hampir/musim sejuk
    • Afelion – jauh/musim panas
 

Perihelion – Merupakan jarak bumi yang paling hampir dengan matahari dan berlaku kira-kira dua minggu selepas solstis musim sejuk

Afelion – Jarak bumi yang paling jauh dari matahari, berlaku kira-kira 2 minggu selepas solstis musim panas

 

Kesan peredaran bumi

 
  • Untuk tajuk kesan peredaran bumi, guru bolehlah mencadangkan pelajar untuk menggunakan gambar rajah dan menggunakan kata kunci untuk memudahkan pelajar memahaminya.
 
  • Ekuinoks dan Solstis selang-seli
  • Empat musim dibahagikan 12 bulan
  • Tarikh 21-21-23-22
 
  • Musim panas > luruh > sejuk > bunga
 
 
  • Ekuinoks musim bunga (21 mac)
    • Matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa (0°)
    • Hemisfera utara mengalami musim bunga dan hemisfera selatan mengalami musim luruh
    • Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang.
 
  • Solstis musim panas (21 jun)
    • Matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan (23½°U)
    • Hemisfera utara mengalami musim panas dan hemisfera selatan mengalami musim sejuk
    • Kawasan di hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang berbanding dengan waktu malam
    • Kawasan di hemisfera selatan waktu malamnya lebih panjang berbanding dengan waktu siang
    • Kutub utara mengalami 24 jam siang, kutub selatan mengalami 24 jam malam
 
  • Ekuinoks musim luruh (23 Sept)
    • Matahari tengah hari tegak di atas kepala garisan khatulistiwa (0°).
    • Hemisfera utara mengalami musim luruh dan hemisfera selatan mengalami musim bunga
    • Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang.
 
  • Solstis musim sejuk (22 Dis)
    • Matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi (23½°S)
    • Hemisfera utara mengalami musim sejuk dan hemisfera selatan mengalami musim panas
    • Kawasan di hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang berbanding dengan waktu malam
    • Kawasan di hemisfera utara waktu malam lebih panjang berbanding dengan waktu siang
    • Kutub selatan mengalami 24 jam siang, kutub utara mengalami 24 jam malam
 

2.  Fenomena Gerhana

 
  • Terdapat dua gerhana iaitu gerhana bulan dan matahari. Gunakan jadual dan kata kunci untuk membezakan kedua-duanya.
  • Boleh juga gunakan gambar untuk memudahkan pelajar memahaminya.
 

Gerhana Bulan

Gerhana Matahari

  • Matahari, bumi & bulan dalam garisan lurus.
  • Bumi melindungi cahaya matahari.
  • Bulan ditutupi bayang bumi.
  • Matahari, bulan & bumi dalam garisan lurus.
  • Bulan melindungi cahaya matahari.
  • Tidak meliputi sepenuhnya bumi.

 
 

i.   Gerhana bulan

 
  • Berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus
  • Bumi akan melindungi cahaya matahari daripada terpancar ke bulan
  • Menyebabkan bulan akan ditutupi oleh bayang-bayang bumi dan menyebabkan berlakunya gerhana bulan
 

ii.   Gerhana matahari

 
  • Berlaku apabila kedudukan bulan menghalang cahaya matahari ke bumi yang menyebabkan bayang-bayang bulan melindungi bumi.
  • Kedudukan matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan lurus
  • Gerhana matahari tidak meliputi seluruh permukaan bumi kerana bulan adalah lebih kecil daripada bumi
  • Berlaku di zon umbra yang kecil, manakala gerhana separa terjadi di zon penumbra yang lebih besar.

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag pergerakan bumi Fenomena Gerhana

Reflection

Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara iaitu?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Nyatakan satu (1) perbezaan gerhana bulan dan gerhana matahari.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah pernyataan yang benar tentang gerhana matahari.

Loading...
Load lesson