Strategi Menyusun Atur Tempat Duduk Pelajar Yang Efektif

Strategi Menyusun Atur Tempat Duduk Pelajar Yang Efektif

Menyusun atur tempat duduk di dalam kelas merangkumi beberapa faktor. Selain itu, ia juga boleh mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda menyusun pelajar anda mengikut keperluan mereka. Berikut merupakan beberapa faktor yang boleh anda pertimbangkan:

1. Kawan karib

Sekiranya anda meletakkan pelajar bersama kawan karib mereka, ia mungkin mendatangkan kebaikan dan keburukan. Dari segi keburukannya ialah mereka akan sering berborak, manakala dari segi kebaikannya ialah mereka boleh menolong antara satu sama lain di dalam pelajaran yang lemah. Oleh itu, anda boleh mencuba terlebih dahulu, sekiranya ia tidak memberi manfaat adalah lebih baik memisahkan mereka.

2. Tingkah laku

Susun atur pelajar di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Anda akan mempunyai pelajar dengan pelbagai keperibadian. Oleh itu, elakkan pelajar yang bermasalah duduk di kawasan yang sama.

3. Kebolehan

Anda boleh mencampurkan diantara pelajar yang pandai dan kurang pandai. Dimana ia akan memberi manfaat kepada rakan sebayanya dan mudah untuk meminta tolong sekiranya kurang faham terhadap pelajaran.

4. Jantina

Anda boleh menyusun mereka secara selang-seli dimana sekiranya barisan pertama ialah pelajar lelaki, maka barisan kedua pula ialah pelajar perempuan. Sekiranya mencampurkan jantina mendatangkan gangguan, lakukan apa yang anda rasa sesuai untuk pelajar anda kerana sebilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak semestinya berminat untuk bekerjasama antara satu sama lain. 

5. Lokasi 

Jika anda mempunyai pelajar yang lemah dalam pelajaran, elak meletakkan mereka berhampiran tingkap kerana ia akan mengganggu perhatian pelajar tersebut. Maka, bagi mengelakkan perkara sebegitu terjadi letakkan mereka di barisan hadapan yang berhampiran dengan anda.

6. Keperluan pendidikan khas

Sangat penting bagi anda untuk mengetahui siapa pelajar anda di dalam kelas anda supaya anda mempunyai perhatian yang sepatutnya untuk mereka. Oleh itu, mana-mana pelajar yang mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran perlu berada di barisan hadapan kelas dan anda juga perlu mengambil faktor siapa yang duduk disebelahnya.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson