Strategi Mengurangkan Tekanan Pelajar di dalam Bilik Darjah

Strategi Mengurangkan Tekanan Pelajar di dalam Bilik Darjah

Pelajar juga akan menghadapi tekanan sekiranya mereka mempunyai masalah di rumah mahupun akademik. Walau bagaimanapun, guru tidak dapat membuat semua tekanan pelajar hilang, tetapi guru dapat mengambil langkah untuk mengurangkan tekanan di dalam kelas dengan memperkenalkan persekitaran yang aman, selesa, tenang, dan kondusif untuk belajar.

Oleh itu, strategi ini memberikan pelbagai manfaat untuk pelajar untuk menurunkan tahap tekanan. Berikut merupakan beberapa strategi yang boleh digunakan:

1. Yoga

Dimana menggabungkan yoga ke dalam program pendidikan jasmani dan kurikulum bilik darjah. Yoga terbukti mempunyai beberapa faedah selain membantu membina keseimbangan, kekuatan dan fokus, yoga juga dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar. 

Buat rutin dengan pelajar untuk melakukan aktiviti yoga dan menarik nafas dalam beberapa minit sebelum memulakan pembelajaran, ini adalah cara yang baik bagi mereka untuk membersihkan minda  supaya subjek yang dipelajari mudah meresap.

2. Meditasi 

Meditasi adalah pendekatan untuk melatih minda, sama dengan cara kecergasan dimana pendekatan untuk melatih tubuh badan. Sebagai latihan di dalam kelas, meditasi dapat membantu pelajar memperkukuhkan kemahiran mengatur diri dan bahkan membina kasih sayang dengan rakan sebaya mereka.

Meditasi boleh dilakukan dengan banyak cara di dalam kelas. Sebagai contoh adalah seperti ini: Pada awal kelas, mainkan muzik yang menenangkan untuk memulakan sesi meditasi. Pelajar duduk bersila dengan kedua-dua kaki di lantai dan tangan mereka pada pangkuan. Minta pelajar memejamkan mata dan menarik nafas dan menghembus. Bacakan skrip untuk membantu pelajar membayangkan pantai yang menenangkan. Selepas lima minit atau lebih, turunkan secara perlahan kelantangan muzik untuk menamatkan latihan. Kemudian, mulakan aktiviti pembelajaran seterusnya dan pelajar akan merasa lebih tenang dan santai.

3. Menyediakan sudut yang menenangkan

Sudut yang menenangkan adalah kaedah terbaik untuk membantu pelajar menguruskan tekanan, baik di sekolah mahupun di rumah. Sudut yang menenangkan adalah kawasan ruang yang lengang dan dilengkapi dengan lukisan mural dan sebatang pokok bersama burung-burung di sekelilingnya. kemudian letakkan kerusi dibawah pokok dimana pelajar boleh pergi ke sudut tersebut untuk menenangkan diri ketika marah. Selain itu juga, anda boleh meletakkan beberapa jenis item untuk menolong pelajar menenangkan diri seperti haiwan kecil, pasir masa, slime dan sebagainya.

4. Brain Breaks (merehatkan minda)

Brain breaks adalah aktiviti untuk menaikkan tenaga pelajar, menenangkan ketegangan, boleh dilakukan dalam beberapa minit terakhir kelas dan sebagainya. Contohnya termasuk menjawab teka-teki, menyanyikan lagu, dan sebagainya. 

5. Movement breaks (merehatkan pergerakkan)

Dalam beberapa situasi di dalam bilik darjah, brain breaks dan movement breaks boleh dilakukan bersama. Movement breaks adalah melakukan pergerakkan yang  menyorokkan kepada pelajar. Tujuan movement breaks adalah untuk memberi tenaga kepada pelajar dan meningkatkan keupayaan mereka untuk fokus pada aktiviti pembelajaran seterusnya. Sebagai contoh aktiviti movement breaks adalah melakukan tarian yang singkat, memberi arahan pergerakkan yang harus pelajar lakukan, membuat regangan dan sebagainya.

6. Self-esteem activities (Aktiviti penghargaan kendiri)

Aktiviti self-esteem didasarkan pada idea dimana pelajar menuliskan sesuatu yang positif tentang diri mereka, pemikiran ini diperkuatkan dalam fikiran mereka. Dengan memikirkan diri mereka sendiri dan sifat-sifat mereka secara positif, mereka akan lebih menghargai diri mereka sendiri. Aktiviti self-esteem ini juga merupakan peluang untuk meraikan kualiti positif rakan sebaya mereka dan mengetahui bahawa adalah perkara biasa bagi seseorang untuk mempunyai kekuatan yang berbeza.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson