Strategi Bukan Lisan Bagi Mendiamkan Pelajar

Strategi Bukan Lisan Bagi Mendiamkan Pelajar

Share this post

 

Apabila anda pulang dari kerja, adakah anda sering berasa penat selepas memberitahu pelajar untuk berhenti bercakap dan juga berasa keletihan daripada mencuba memastikan pelajar menjalankan tugas mereka? Adakah anda sering terfikir tentang bilik darjah yang sunyi dalam hidup anda?

 

Disiplin dan pengurusan bilik darjah adalah pertempuran teratas yang mesti anda tangani di dalam bilik darjah. Tanpa pelajar yang fokus dan pendiam, anda mungkin akan melupakan kerja keras dan pencapaian akademik yang dicapai.

 

Percaya atau tidak, ianya perkara yang tidak mustahil untuk anda menenangkan pelajar dan memastikan mereka menjalankan tugas rutin bukan lisan yang mudah yang dapat menjimatkan suara dan kewarasan anda. Kuncinya di sini adalah untuk menjadi kreatif dan jangan hanya mengharapkan satu rutin sahaja yang dilaksanakan selama-lamanya. Selalunya, keberkesanan terhadap aktiviti tersebut akan pudar setelah masa berlalu. Jadi, jangan khuatir untuk menukar pelbagai kaedah rutin bukan lisan seperti yang disenaraikan di bawah.

Berikut ialah beberapa strategi disiplin pelajar yang diuji guru yang memenuhi objektif untuk mengekalkan bilik darjah yang senyap dengan mudah.

 

 

1. Kotak Muzik

 

Beli sebuah kotak muzik yang murah. Setiap pagi, mainkan kotak muzik sepenuhnya. Beritahu pelajar bahawa, apabila mereka bising atau tidak bekerja, anda akan membuka kotak muzik dan membiarkan muzik dimainkan sehingga mereka senyap dan kembali bekerja. Jika pada penghujung hari, masih terdapat beberapa muzik yang tidak dimainkan, pelajar akan menerima beberapa jenis ganjaran. Mungkin mereka boleh mendapatkan tiket untuk cabutan mingguan atau diberikan kebebasan selama beberapa minit untuk bermain.

 

Jadilah guru yang kreatif dengan memberikan ganjaran tanpa kos yang baik yang akan membuatkan pelajar mendiamkan diri mereka. Pelajar akan suka dengan permainan kotak muzik ini dan akan senyap serta-merta apabila anda mencapai ke arah kotak muzik.

 

 

2. Permainan Senyap

 

Entah bagaimana, apabila anda hanya menambah perkataan "permainan" pada permintaan anda, secara amnya pelajar akan masuk ke dalam barisan. Mereka mendapat 3 saat untuk membuat bising sebanyak yang mereka mahu dan kemudian, dengan isyarat yang anda berikan, mereka menjadi senyap selama mungkin.

 

Pelajar yang membuat bising bakal menerima pandangan yang remeh dan tekanan rakan sebaya supaya dia akan diam semula. Anda boleh menetapkan masa dan memberitahu anak-anak bahawa anda akan melihat berapa lama mereka boleh berdiam diri kali ini. Anda mungkin terkejut melihat betapa baiknya teknik mudah ini berfungsi!

 

 

3. Melihat Jam

 

Anda boleh melihat jam di dinding atau di tangan, setiap kali pelajar anda membuat bising di dalam bilik darjah. Beritahu pelajar bahawa apa sahaja masa yang mereka buang dengan berbunyi bising, anda akan mengurangkan waktu rehat mereka atau masa "luang" yang lain. Ini biasanya berfungsi dengan baik kerana mereka tidak mahu melepaskan waktu rehat.

 

Jejaki masa yang hilang dan pastikan pelajar bertanggungjawab. Jika tidak, ancaman anda bakal diketahui tidak lama lagi dan helah ini tidak akan berfungsi sama sekali. Tetapi, sebaik sahaja pelajar anda melihat anda bersungguh-sungguh dengan apa yang anda katakan, iaitu hanya dengan melihat ke arah jam, ianya sudah cukup untuk menenangkan mereka. Teknik ini adalah teknik yang bagus untuk guru gunakan pada bila-bila masa kerana ianya merupakan kaedah yang cepat dan mudah dalam apa jua keadaan!

 

 

4. Angkat Tangan

 

Satu lagi cara bukan lisan untuk menenangkan kelas anda adalah dengan hanya mengangkat tangan anda. Apabila pelajar anda melihat bahawa tangan anda diangkat, mereka juga akan mengangkat tangan mereka. Angkat tangan bermakna berhenti bercakap dan memberi perhatian kepada guru. Apabila setiap pelajar perasan dengan isyarat yang anda lakukan, gelombang mengangkat tangan akan menyelubungi bilik darjah dan anda ianya akan mendapat perhatian seluruh kelas tidak lama lagi.

 

Perkara penting mengenai kaedah ini ialah anda perlu mengangkat tangan dan seterusnya mengira satu demi satu jari.  Apabila anda sampai ke kiraan jari kelima,pelajar di dalam kelas perlu memberi perhatian kepada anda dan arahan yang diberikan secara senyap. Anda juga boleh mengira secara senyap bersama-sama dengan isyarat visual jari anda. Pelajar anda tidak lama lagi akan terbiasa dengan rutin ini dan ia sepatutnya agak cepat dan mudah untuk menenangkan mereka.

 

 

5. Memberikan Nasihat

 

Kunci kepada mana-mana pelan pengurusan bilik darjah yang berjaya ialah memikirkan dengan teliti tentang matlamat yang ingin anda capai dan bertindak dengan yakin. Anda adalah guru. Anda mempunyai tanggungjawab. Jika anda tidak yakin dengan ajaran asas ini sepenuh hati, pelajar akan merasakan keraguan kepada anda dan akan bertindak mengikut kemahuan mereka sendiri.

 

Reka bentuk rutin disiplin anda secara sedar dan ajar secara eksplisit. Pelajar sangat menyukai rutin seperti ini. Jadikan waktu anda di dalam bilik darjah sebagai waktu yang produktif dan damai. Anda dan pelajar akan berkembang dalam keadaan sedemikian!

 

 

Rujukan

Nonverbal Strategies to Quiet Down a Classroom

 

Tag Cara Penyelesaian masalah harian Masalah

Reflection

Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda mempunyai pelajar yang suka membuat bising di dalam kelas?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Pelajar diberikan masa 3 saat untuk membuat bising merupakan cara?

Nyatakan cara lain yang boleh dilakukan selain cadangan yang dinyatakan untuk mendiamkan pelajar anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson