Socrative Aplikasi Interaktif Dan Menarik

Share this post

Socrative adalah aplikasi yang ringkas dan fleksibel, ia boleh di akses di laman web atau di mana-mana peranti mudah alih. Sekiranya digunakan dengan betul, aplikasi ini membolehkan guru membuat pelbagai jenis kuiz dan melibatkan semua pelajar melalui soalan penilaian formatif. 

Ia juga merupakan aplikasi yang bagus untuk menilai pembelajaran pada masa kini kerana terdapat banyak fleksibiliti dalam bagaimana guru menyusun soalan, jawapan dan penjelasan. Selain itu, guru boleh menyesuaikan tetapan seperti membuat pemarkahan dan sebagainya.

Berikut merupakan cara bagaimana menggunakan aplikasi Socrative:

  1. Taip Socrative.com pada carian google.
  2. Tekan Sign Up Free untuk mendaftar sebagai ahli di Socrative.
  3. Terdapat beberapa plan yang ditawarkan. Pilih Socrative Free dan tean Sign Up.
  4. Masukkan data yang diperlukan, kemudian tekan Next.

Kuiz secara individu.

  1. Tekan Quizzes, kemudian tekan Add Quiz dan pilih Create New.
  2. Tuliskan tajuk kuiz dan pilih bentuk soalan yang ingin digunakan. Sebagai contoh soalan berbentuk betul atau salah. Tekan True / False.
  3. Tuliskan soalan dan tandakan jawapan yang betul. Kemudian di bahagian Add a Question, pilih bentuk soalan kedua.
  4. Setelah selesai membuat soalan, tekan Save and Exit.
  5. Tekan Launch dan pilih Quiz.
  6. Pilih pada kuiz yang anda ingin kongsikan kemudian tekan Start.
  7. Menyesuaikan tetapan kuiz kemudian tekan Start.
  8. Tekan Rooms, kemudian tekan Add Room. Masukkan nama Rooms anda.
  9. Kemudian tekan Quizzes, dan Copy Quiz URL.
  10. Kongsikan Quiz URL bersama dengan nama Rooms anda.

Kuiz Secara Berkumpulan (Space Race)

  1. Tekan Launch dan pilih Space Race.
  2. Pilih kuiz yang ingin anda kongsikan, kemudian tekan Next.
  3. Menyesuaikan tetapan kuiz, pilih jumlah ahli dalam kumpulan kemudian tekan Start.
  4. Kongsikan URL kuiz dan nama Rooms kepada pelajar.

Tag Socrative

Bagaimanakah Socrative dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson