Siratan Makanan

Siratan Makanan

Share this post

Semua organisma memerlukan tenaga untuk terus hidup. Tenaga ini diperoleh daripada makanan, sama ada dengan membuat makanan sendiri atau bergantung pada organisma lain untuk mendapatkan makanan.

Tiga komponen utama dalam rantai makanan organisma adalah pengeluar, pengguna dan pengurai

Pengeluar - Organisma hidup yang membuat makanan sendiri. Tumbuhan hijau digolongkan sebagai pengeluar kerana berupaya membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis..

Pengguna - Organisma hidup yang memakan organisma lain. Biasanya, haiwan jenis herbivor merupakan pengguna primer kerana herbivor memakan pengeluar, iaitu tumbuhan hijau.

  • Haiwan yang memakan pengguna primer dipanggil pengguna sekunder, manakala haiwan yang memakan pengguna sekunder dipanggil pengguna tertier. 

Pengurai - Organisma atau mikroorganisma yang menguraikan bahan buangan serta organisma yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas atau mineral untuk mendapatkan tenaga.

Rantai makanan boleh digunakan untuk menunjukkan hubungan pemakanan antara organisma. Perhatikan contoh dalam rajah di bawah. Rantai makanan sentiasa bermula dengan pengeluar, diikuti dengan beberapa pengguna.

 

Siratan makanan terbentuk daripada beberapa rantai makanan. 

Rantai makanan yang membentuk siratan makanan di bawah ialah:

  1. Pokok bunga - ulat beluncas - tikus - burung hantu.
  2. Pokok bunga - ulat beluncas - burung pipit - burung hantu.
  3. Pokok bunga - belalang - tikus -  burung hantu.
  4. Pokok bunga - belalang - burung pipit - burung hantu.
  5. Pokok bunga - afid - kumbang kura-kura - burung pipit - burung hantu.

Rumput (Pengeluar) -> Belalang (Pengguna Primier) -> Burung (Pengguna Sekunder) -> Kucing (Pengguna Tertier)



 

Contoh rantai makanan

Rumput (Pengeluar) -> Belalang (Pengguna Primer) -> Burung (Pengguna Sekunder) -> Kucing (Pengguna Tertier)

Contoh siratan makanan yang terbentuk dari pelbagai rantai makanan.

Maklumat Lanjut:

Diadaptasi daripada artikel di laman web cikguhailmi.com

 

Tag sekolah menengah

Reflection

Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Huraikan maksud komponen utama dalam rantai makanan organisma.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah istilah bagi organisma/haiwan yang memakan pengguna primer?

Huraikan satu contoh rantai makanan yang mudah bermula dari pengeluar hingga pengguna tertier.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson