Pelajar yang tidak melepasi tahap keupayaan literasi dan numerasi yang tertentu perlu menjalani program-program yang dicadangkan. Program ini dijalankan dengan bantuan fasilitator Literasi, Numerasi dan Saringan (LINUS) yang dilantik oleh pihak kementerian. Guru yang diberikan latihan khusus akan melaksanakan program ini.
Program Intervensi Masalah Ketidakupayaan Membaca ataupun lebih dikenali sebagai Program Pemulihan Bacaan ini mempunyai tiga program yang dicadangkan. Program tersebut ialah Program Pembetulan Membaca, Program Pemulihan Membaca dan Program Membaca Klinikal. Program ini berfokus untuk membantu pelajar yang bermasalah berdasarkan ujian saringan LINUS.
- Seorang Fasilinus akan mengendalikan 30 buah sekolah.
- Pengurusan dan penyeliaan didesentralisasi ke Pejabat Pelajaran Daerah dan dipantau oleh Jemaah Nazir.
- Progam akan berfokus kepada intervensi awal (Tahun 1-3) untuk literasi dan kemahiran numerasi.
- Guru pemulihan LINUS tambahan akan ditempatkan di sekolah untuk membantu mengatasi masalah pemulihan LINUS di sekolah.
Program Pembetulan Membaca
- Dijalankan di dalam kelas biasa bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah membaca yang ringan.
- Murid-murid diberi perhatian yang khusus bagi menguasai komponen asas membaca.
- Bantuan awal dapat diberikan bagi mereka yang mempunyai masalah ringan dalam mendekod dan menguasi kemahiran yang asas dalam bacaan bagi murid-murid normal.
Program Pemulihan Membaca
- Dijalankan bagi murid yang mengalami tidak keupayaan membaca yang sederhana dan berat.
- Murid perlu menajalani program membaca daripada guru yang dilatih khusus dalam bidang ini.
- Kelas ini biasanya mempunyai 5 hingga 8 orang murid yang mengalami masalah untuk menguasai kemahiran asas membaca setelah menjalani program pembetulan membaca.
- Biasanya dijalankan di luar masa kelas biasa, dan perlu diasingkan dengan murid-murid lain bagi menjalani program ini.
- Dijalankan secara berkumpulan. Tumpuan diberikan oleh guru pemulihan sekiranya seseorang murid mempunyai masalah yang khusus.
- Semakin awal murid bekeperluan khas ini dikesan, semakin besar kemungkinan untuk mereka dapat dibantu dengan berkesan.
Program Membaca Klinikal
- Program ini dirancang bagi sesorang individu murid yang mempunyai masalah tidak berkeupayaan membaca yang berat.
- Murid memerlukan bantuan khusus oleh seorang pakar klinikal dalam bidang bacaan supaya dapat memperoleh kaedah tertentu.
- Murid ini memerlukan pemulihan fizikal atau terapi yang khusus bagi membantunya menguasai kemahiran membaca dan belajar seperti murid-murid lain.
Rujukan
Modul Keterampilan Membaca
|
Tag
Pemulihan
Program
Reflection
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak dapat membaca?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak dapat membaca?
Apakah Program Pemulihan Membaca?
This field is required
The text is too short
The text is too long