Berbeza dengan buku, pelajar tidak pernah bosan dengan permainan. Jadi bagaimana hendak menyelitkan pelajaran dalam permainan? Lebih-lebih lagi untuk subjek Geografi. Sediakan permainan berasaskan peta dunia yang dapat menampung perhatian pelajar dan juga membantu mengekalkan beberapa maklumat dalam tempoh yang lama.
1. Teka-Teki Tempat
Pelajar sentiasa berminat dengan permainan teka-teki kerana mereka akan cuba menyelesaikannya sehingga mendapat jawapan terakhir. Permainan ini boleh digunakan untuk mengembangkan konsep asas tentang benua dunia.
Bagaimana untuk Bermain
|
Apa yang Diperolehi
|
Peta dunia dipotong menjadi kepingan yang boleh dibentuk semula. Selerakkan kepingan tersebut dan biarkan mereka membina dan mencantumkan keseluruhan peta sendiri.
|
Pelajar bukan sahaja belajar mencari benua yang mana besar atau kecil tetapi mereka akan memerhati masa supaya menyelesaikannya dengan lebih awal.
|
2. Arahan dan Kompas
Arahan merupakan bahagian penting dalam Geografi. Sangat penting untuk pelajar mempunyai konsep asas dari awal untuk mengelakkan sebarang masalah kemudian hari.
Bagaimana untuk Bermain
|
Apa yang Diperolehi
|
Lukis kompas dan sediakan arahan. Kemudian bawa pelajar keluar kelas dan mengarahkan mereka untuk bergerak, melompat atau menunjukkan arah berdasarkan kompas. Lebih baik dilakukan secara berpasangan atau kumpulan untuk menggalakkan persaiangan yang sihat dalam kalangan mereka.
|
Pelajar akan belajar untuk menerima dan mengikuti arahan serta dapat menunjukkan arah yang berbeza.
|
3. Namakan Tempat
Sesuai untuk pelajar yang baru sahaja mengenali 7 benua dunia, ini untuk menguji sejauh mana ingatan mereka dengan lebih lanjut lagi. Kelebihan mempunyai jam randik boleh mencatat masa dan memantau penambahbaikan secara beransur-ansur.
Bagaimana untuk Bermain
|
Apa yang Diperolehi
|
Lukis atau sediakan peta yang tidak mempunyai tanda atau nama. Kemudian, berikan mereka potongan kertas dengan nama benua dan meminta pelajar untuk memadankan nama diatas peta tersebut. Masa boleh diambil untuk mengira kecekapan mereka dalam permainan ini.
|
Pelajar akan mempelajari kemahiran mengenal pasti dan memadankan selain dari menguruskan masa dengan baik.
|
4. Tunjukkan Peta Itu
Aktiviti ini paling berkesan dilakukan di dalam kelas yang membolehkan pelajar mengenal pasti benua, negara, negeri dan bandar di atas peta.
Bagaimana untuk Bermain
|
Apa yang Diperolehi
|
Nyatakan nama negara, bandar atau sungai tertentu dan meminta pelajar untuk menunjukkannya di ata peta dunia. Semakin cepat mereka mengenal pasti, semakin banyak ganjaran yang akan diterima.
|
Pelajar akan mengekalkan dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada.
|
5. Pesta Makanan
Aktiviti ini sangat menarik kerana melibat-kan makanan. Permainan ini sangat sesuai untuk mereka yang berumur 8-9 tahun supaya mereka akan terus ingin mempelajari Geografi.
Bagaimana untuk Bermain
|
Apa yang Diperolehi
|
Sebelum memulakan permainan ini, anda perlu mengetahui makanan utama yang terdapat di sesebuah negara atau tempat itu. Contohnya Malaysia, berikan peta Malaysia dan makanan utama yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia. Minta pelajar untuk menyuai padankan makanan tersebut dengan negeri yang terdapat di Malaysia.
|
Pelajar akan mempelajari hubungkait antara tempat dan makanan yang dihasilkan oleh tempat tersebut.
|
6. Namakan mengikut AZ
Permainan ini sesuai dengan pelajar berusia sekitar 5-6 tahun yang baru mempelajari nama beberapa negara atau bandar. Permainan ini akan mengembangkan minat yang mendalam dalam kalangan pelajar.
Bagaimana untuk Bermain
|
Apa yang Diperolehi
|
Pilih abjad antara A hingga Z dan minta pelajar untuk menyatakan nama negara atau bandar yang bermula dengan huruf tersebut. Boleh juga dimainkan dalam kumpulan.
|
Pelajar akan mencuba mengingati nama tempat yang mereka pelajari. Permainan ini juga dapat mengembangkan kemahiran untuk mencari tempat di dunia.
|
7. Mengenali Ibu Negara
Permainan ini dilakukan apabila pelajar sudah mengingati nama semua negara dan negeri. Ini untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan cara yang menyeronokkan dan menarik.
Bagaimana untuk Bermain
|
Apa yang Diperolehi
|
Beri nama negara dan minta pelajar menyatakan nama ibu negara tersebut. Beri tempoh masa untuk melengkapkan beberapa soalan.
|
Pelajar akan menambah pengetahuan mereka dengan lebih lagi di samping membiarkan mereka menguruskan masa dengan baik.
|
|