Perancangan pengajaran yang dibuat dengan teratur dan sesuai dengan peringkat pencapaian pelajar akan menghasilkan kejayaan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia mestilah dibina terlebih dahulu mengikut susunan dan turutan yang logik serta mudah diikuti semasa pengajaran.
- Tujuan dan objektif pengajaran perlu ditentukan sebelum membuat pemilihan kaedah dan langkah-langkah pengajaran.
- Guru harus memikirkan strategi dan matlamat sebelum membuat langkah yang terperinci.
- Merujuk dan mengkaji Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran Matematik.
Perancangan ini perlu disediakan untuk setahun pengajaran bagi membantu guru mengatur isi pelajaran yang berterusan. Ia juga dapat menentukan pada masa bila hendak menyediakan soalan peperiksaan, ujian atau mengulang kaji pelajaran.
Guru disediakan sebuah buku rekod untuk mencatat persediaan pengajaran pada awal persekolahan setiap tahun. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mengikut tingkatan. Guru digalakkan merujuk kepada kandungan buku teks semasa membuat perancangan.
Guru juga perlu mengambil faktor-faktor seperti aktiviti sukan, ceramah, dan sebagainya yang dijalankan di sekolah sepanjang tahun. Guru perlu berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan selaras dengan penekanan baru dalam KBSM. Guru perlu tahu tarikh semester persekolahan dan tentukan kadarnya dalam seminggu pada setiap semester.
Contoh Perancangan Pengajaran:
Mata Pelajaran : Matematik
Tingkatan : 4B
Tahun : 2001
Semester I : 3 Januari 2001 – 25 Mei 2001
|
Tag
Piawai
Logaritma
Reflection
Pendapat anda, mengapakah perancangan pengajaran penting di dalam pengajaran dan pembelajaran?
This field is required
The text is too short
The text is too long
Yang manakah antara berikut bukan panduan perancangan pengajaran?
Pada pendapat anda, mengapakah perlu bagi seseorang guru itu untuk berpandukan buku teks ketika menyediakan perancangan pelajaran?
This field is required
The text is too short
The text is too long