Peranan Motivasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Peranan Motivasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Share this post

Motivasi memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Dalam pengajaran: Motivasi kepada guru agar kualiti kerja dapat dicapai.
  • Dalam pembelajaran: Pelajar bermotivasi menaruh minat minat untuk belajar, mendengar dan memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

Untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan, guru perlu menambahkan motivasi secara ekstrinsik dan intrinsik. Guru haruslah memberi contoh yang baik, bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada diri guru itu sendiri. 

Guru berperanan sebagai kawan, pembimbing, kaunselor dan mentor kepada pelajar. Pelajar menganggap guru menjadi pelindung dan pendorong kepada mereka. 

 

MEMBANTU MEMBENTUK PERSEPSI DIRI PELAJAR TERHADAP KEBOLEHANNYA

Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, contohnya guru berpendapat bahawa seseorang pelajar itu cekap dalam mata pelajaran Matematik jika dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang tertentu. Setiap tingkah laku ini dapat menyampaikan kepercayaan guru itu kepada pelajarnya. Maka, dengan perlakuan ini dapat memberi motivasi kepada pelajar membentuk kepercayaan dan keyakinan dalam menyukai pembelajaran Matematik. 

 

MEWUJUDKAN HUBUNGAN YANG BAIK

Motivasi untuk mewujudkan hubungan yang baik ataupun perasaan keanggotaan yang penting apabila pelajar menilai sokongan daripada rakan-rakan mereka. Pengaruh pelajar nyata apabila mereka mengawal pembelajaran mereka sendiri. Sekiranya keadaan emosi ini dikecewakan dalam aktiviti kelas, mereka akan kurang untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.

Dalam pembelajaran Matematik, cara yang sama digunakan di mana guru harus mewujudkan hubungan yang mesra dan mengawal emosi pelajar agar apa yang diajar guru dapat diterima.

 

MENIMBULKAN DAN MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP MATEMATIK

Pemberian motivasi dalam bentuk penghargaan dan kasih sayang boleh membantu dan mempertingkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam Matematik. Sikap keprihatinan guru sering kali dapat diperhatikan oleh pelajar ketika proses pembelajaran. Guru yang baik dan mudah mesra seringkali dapat diterima dengan baik oleh pelajar.

Apabila pelajar memberikan perhatian sepenuhnya, suasana bilik darjah menjadi tempat yang tenang dan sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Contohnya ketika pelajar belajar topik Bumi dalam Matematik, banyak kekeliruan yang mungkin berlaku seperti konsep longitud yang melibatkan peralihan masa. Maka guru akan sedaya upaya menerangkan dengan pelbagai cara dan dalam masa yang sama pelajar akan dapat merasakan kesungguhan oleh guru itu.

 

MENGHASILKAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA

Suasana yang menggalakkan dapat membantu pelajar dalam proses pemahaman konsep dan kemahiran matematik yang bermakna. Ia akan menyebabkan apa yang dipelajari menjadi lebih bermakna dan sudah tentu memantapkan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Misalnya topik kebarangkalian yang memerlukan pelajar menganalisis sesuatu masalah akan menjadi lebih baik jika dilakukan bersama-sama dengan guru mereka. 

Guru boleh mengaitkan konsep kebarangkalian dengan kegunaan kehidupan seharian. Guru oleh menggalakkan pelajar menjalankan projek berkaitan topik kebarangkalian dan menulis laporan tentang hasil projek. 

 

MENJADIKAN SESEORANG PELAJAR INGIN MENEROKA

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu akan menimbulkan soalan-soalan yang mencabar, Contohnya, semasa guru menyampaikan topik Pelan dan Dongakan, pelajar-pelajar yang lebih berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang topik yang diajar. 

Contohnya, selepas guru selesai menyampaikan pengajaran Trigonometri, pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu akan membuat kajian dan penyelidikan. Kesemua maklumat yang berkaitan topik itu dicari dalam internet, majalah Matematik dan sebagainya.

 

MEMBANTU PELAJAR BERSIFAT YAKIN

Motivasi juga membantu pelajar bersifat yakin kepada diri sendiri dan terhadap setiap keputusan yang diambil. Dengan ini akan membantu pelajar supaya lebih yakin dalam setiap soalan Matematik yang diselesaikan. Motivasi juga akan membuatkan pelajar sentiasa berfikir tentang kejayaan. Pelajar akan lebih berhati-hati berfikiran logik, dan lebih teratur dalam menyelesaikan masalah Matematik.

Dalam proses pengajaran, guru seharusnya memenuhi keperluan naluri ingin tahu pelajar. Hal ini akan mendorong mereka untuk belajar dengan giat jika mereka merasakan berjaya memperoleh pengetahuan tertentu yang dijangkakan.

 

 

 

Tag Peranan Motivasi Intrinsik Ekstrinsik

Reflection

Mengapakah motivasi penting dalam pengajaran dan pembelajaran?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Antara berikut merupakan kepentingan motivasi pengajaran dan pembelajaran, kecuali

Mengapakah motivasi menjadikan pelajar sebagai seorang yang ingin meneroka?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson