Peranan Guru dan Murid dalam Inkuiri

Peranan Guru dan Murid dalam Inkuiri

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

Berdasarkan model yang digunakan untuk Inkuiri iaitu Model Pembelajaran 5E, terdapat fasa pelibatan (engagement), fasa penerokaan (exploration), fasa penerangan (explanation), fasa pengembangan (elaboration), dan fasa penilaian (evaluation). Fasa-fasa ini digunakan dalam menentukan peranan guru dan murid dalam melaksanakan Inkuiri ketika aktiviti berlangsung.

 

A. FASA PELIBATAN (ENGAGEMENT)

 

Peranan Guru

  • Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk menarik minat dan perhatian murid.
  • Merangsang minat ingin tahu dalam kalangan murid.
  • Menimbulkan soalan daripada murid.
  • Mendapatkan maklum balas yang mendedahkan apa yang murid tahu atau fikirkan tentang konsep atau topik.

 

Peranan Murid

  • Menunjukkan minat dalam topik yang diajar.
  • Bertanyakan soalan.

 

 

B. FASA PENEROKAAN

 

Peranan Guru

  • Menggalakkan murid untuk bekerjasama walaupun tanpa arahan daripada guru.
  • Mendengar dan memerhati murid semasa mereka membuat perbincangan.
  • Bertanyakan soalan kepada murid dalam semasa ke semasa.
  • Memberi ruang kepada murid untuk memikirkan tentang persoalan.
  • Menjadi pakar rujuk kepada murid-murid.
  • Mewujudkan semangat ingin tahu murid.

 

Peranan Murid

  • Berfikir secara terbuka dalam ruang lingkup persoalan yang ingin disiasat.
  • Menguji hipotesis dan ramalan.
  • Membentuk hipotesis dan ramalan baru.
  • Membincangkan alternatif lain.
  • Merekod idea dan pemerhatian.
  • Bertanyakan soalan yang berkaitan.
  • Menangguhkan keputusan sehingga mendapat data yang mencukupi.

 

 

C. FASA PENERANGAN (EXPLANATION)

 

Peranan Guru

  • Menggalakkan murid untuk memberikan definisi dan menerangkan konsep dengan menggunakan perkataan sendiri.
  • Meminta penjelasan dan bukti/evidens daripada murid.
  • Menjelaskan definisi, penerangan dan pelabelan baru sekiranya perlu.
  • Menerangkan konsep dengan menggunakan pengalaman sedia ada murid.
  • Mentaksir peningkatan pemahaman murid.

 

Peranan Murid

  • Memberi penerangan cadangan penyelesaian masalah dan jawapan.
  • Mendengar jawapan daripada murid lain.
  • Bertanyakan soalan kepada murid lain.
  • Memahami dan mendengar penerangan daripada guru.
  • Merujuk aktiviti sebelumnya.
  • Menggunakan maklumat pemerhatian untuk menyediakan penerangan.
  • Menilai kefahaman sendiri.

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN

 

Peranan Guru

  • Memastikan guru menggunakan definisi dan penerangan yang telah diberikan.
  • Meminta murid untuk mengaplikasikan konsep dan kemahiran dalam situasi baharu.
  • Mengingatkan murid dengan penerangan alternatif.
  • Meminta murid untuk merujuk data dan bukti/evidens.

 

Peranan Murid

  • Menggunakan definisi, penjelasan dan kemahiran dalam situasi yang baharu.
  • Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menyoal, mencadangkan penyelesaian, membuat keputusan dan mereka bentuk penyiasatan.
  • Membuat kesimpulan berdasarkan evidens.
  • Merekod penerangan dan pemerhatian.
  • Menyemak kefahaman murid lain.

 

 

E. FASA PENILAIAN (EVALUATION)

 

Peranan Guru

  • Memerhati murid ketika mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang baru.
  • Mentaksir pengetahuan dan kemahiran murid.
  • Memerhatikan evidens yang menunjukkan perubahan dalam tingkah laku dan pemikiran murid.
  • Membenarkan murid mentaksir pembelajaran kendiri.
  • Bertanyakan soalan terbuka.

 

Peranan Murid

  • Menjawab soalan terbuka yang diberikan oleh guru dengan menggunakan pemerhatian, evidens dan penjelasan.
  • Menunjukkan kefahaman/pengetahuan tentang konsep atau kemahiran.
  • Menilai kemajuan dan pengetahuan kendiri.
  • Bertanyakan soalan untuk menggalakkan penyiasatan selanjutnya.

 

Adaptasi Peranan Guru dan Murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Inkuiri (Bybee, 2006)

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Guru Inkuiri Murid Peranan

Reflection

Apakah model yang digunakan dalam Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berikut merupakan peranan guru dalam fasa penilaian, kecuali

Nyatakan satu (1) peranan murid dalam fasa penilaian.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson