Penukaran Imbuhan Apitan Kata Kerja kepada Kata Nama dengan Teknik Pasangan

Penukaran Imbuhan Apitan Kata Kerja kepada Kata Nama dengan Teknik Pasangan

Share this post

IMBUHAN APITAN KATA KERJA
Imbuhan apitan kata kerja merupakan imbuhan yang hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan apitan kata kerja digunakan untuk merujuk perbuatan. Terdapat 11 imbuhan apitan yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu, iaitu:

  1. meN-…-kan
  2. beR-…-kan
  3. beR-…-an
  4. di-…-kan
  5. meN-…-i
  6. di-…-i
  7. memper-…-kan
  8. memper-…-i
  9. ke-…-an
  10. diper-…-kan
  11. diper-…-i

Namun, hanya imbuhan apitan meN-…-kan yang akan dibincangkan dalam kapsul ini. 

 

Imbuhan Apitan meN-…-kan
Imbuhan apitan meN-…-kan mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-…-kan, mem-…-kan, men-…-kan dan meng-…-kan. Imbuhan apitan meng-…-kan pula mempunyai satu varian yang lain, iaitu menge-…-kan.

  • Imbuhan apitan meN-…-kan menjadi me-…-kan apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w dan y. Contohnya:
     

 

Imbuhan apitan meN-…-kan juga menerima kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan nya bagi s, seperti contoh yang berikut:

 

  • Imbuhan apitan meN-…-kan menjadi mem-…-kan apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v, serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contohnya:

 

  •  Imbuhan apitan meN-…-kan menjadi men-…-kan apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:

 

  • Imbuhan apitan meN-…-kan menjadi meng-…-kan apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh dan h, perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf k serta bunyi vokal seperti a, e, i, o dan u. Contohnya:

 

  • Imbuhan apitan meng-…-kan menjadi menge-…-kan apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Contohnya:

        

IMBUHAN APITAN KATA NAMA
Imbuhan apitan kata nama merupakan imbuhan yang hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan apitan kata nama digunakan untuk menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Terdapat 4 imbuhan apitan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu, iaitu:

  1. peN-…-an
  2. pe-…-an
  3. peR-…-an
  4. ke-…-an

Namun, hanya imbuhan apitan peN-…-an yang akan dibincangkan dalam kapsul ini. 

Imbuhan Apitan peN-…-an
Imbuhan apitan peN-…-an mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an dan peng-…-an. Imbuhan apitan peng-…-an pula mempunyai satu varian yang lain, iaitu penge-…-an.

  • Imbuhan apitan peN-…-an menjadi pe-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, ng, r, l, w dan y. Contohnya:

     

Imbuhan apitan pen-…-an juga menerima kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan nya bagi s, seperti contoh yang berikut:

 

  • Imbuhan apitan peN-…-an menjadi pem-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v, serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contohnya:

  

  • Imbuhan apitan peN-…-an menjadi pen-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:

   

  • Imbuhan apitan peN-…-an menjadi peng-…-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, kh dan h, perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf k serta bunyi vokal seperti a, e, i, o dan u. Contohnya:

  

  • Imbuhan apitan peng-…-an menjadi penge-…-an apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Contohnya:

 

Lazimnya, guru atau pelajar sering mengalami masalah ketika menukarkan imbuhan apitan kata kerja kepada imbuhan apitan kata nama. Contohnya, guru atau pelajar sering menggunakan kata penglibatan, penglihatan, pernyataan, perletakan dan banyak lagi dalam penulisan, walhal perkataan yang sepatutnya digunakan ialah pelibatan, pelihatan, penyataan dan peletakan.  Walaupun Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan kesalahannya seperti penglihatan dan penglibatan kerana ketidakpatuhan peraturan sejak dulu, namun guru seharusnya menitikberatkan peraturan ini. Oleh itu, teknik pasangan berupaya membantu guru atau pelajar untuk menukarkan imbuhan apitan kata kerja kepada imbuhan apitan kata nama. Secara jelas, imbuhan apitan kata kerja berpasangan dengan imbuhan apitan kata nama seperti contoh di bawah.


Apabila kita ingin membentuk kata nama yang mempunyai imbuhan apitan kata nama, kita perlu mengambil kira huruf pertama dalam kata dasar yang menjadi peraturan imbuhan. Contohnya, huruf pertama dalam kata dasar libat, lihat, letak dan nyata ialah l dan nya. Berdasarkan penjelasan di atas, kata dasar yang bermula dengan huruf l dan nya digabungkan dengan imbuhan me-…-kan. Apabila ingin menukarkan perkataan ini kepada kata nama, imbuhan yang lebih sesuai digabungkan ialah imbuhan pe-…-an dan bukan peng-…-an atau per-…-an. Oleh itu, pembentukan kata nama bagi keempat-empat perkataan yang dinyatakan ialah pelibatan, pelihatan, peletakan dan penyataan. 

Nota kaki: Guru atau pelajar diingatkan sekali lagi bahawa perkataan seperti penglibatan dan penglihatan masih diterima pakai kerana kekecualian yang ditetapkan oleh Tatabahasa Dewan. Namun, perkataan pelibatan dan pelihatan lebih tepat dan masih boleh digunakan. 

 

 

Rujukan:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Tag Sekolah Rendah sekolah menengah tatabahasa

Reflection

Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar menukarkan imbuhan apitan kata kerja kepada imbuhan apitan kata nama?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah pelajar sering keliru untuk menukarkan imbuhan apitan kata kerja kepada imbuhan apitan kata nama?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah teknik ini akan membantu pelajar anda memahami dan mengingati untuk menukarkan imbuhan apitan kata kerja kepada imbuhan apitan kata nama?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Imbuhan apitan kata kerja me-…-kan berpasangan dengan?

Loading...
Load lesson