Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Pentaksiran sebagai pembelajaran tidak sekadar bergantung ujian kertas dan pensel sahaja tetapi lebih daripada itu untuk mengesan perkembangan pelajar. Pentaksiran dilakukan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.
Antara keperluan melaksanakan pentaksiran oleh King dan Brathwaite (1991) adalah seperti berikut:
Lima faktor penting pentaksiran yang menyumbang kecemerlangan pembelajaran mengikut kajian oleh Black dan Willian (1998) seperti berikut:
Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses PdP dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, guru menilai pada masa tersebut. PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN Pentaksiran pembelajaran memberitahu sama ada:
Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu suatu kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir program.
|
Start your first discussion